Thursday, August 13, 2009

DEKLARASI TROPICANA - MOGA KALIAN TERUS JUJUR DENGAN AMANAH RAKYAT



Hampir 100 para pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu dari PAS, PKR dan DAP berhimpun di Tropicana Golf Club pagi ini mencapai kata sepakat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan tidak lama lagi, lapor harakahdaily.

Keputusan ini dicapai selepas menerima cadangan dari pimpinan Pakatan yang telah membincangkan perkara itu sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang akan memperincikan perkara ini dan seterusnya mendaftar Pakatan Rakyat kepada Pendaftar Pertubuhan.

Menurut Anwar, beberapa persoalan teknikal seperti jumlah parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat perlu tujuh parti akan diperincikan kemudian.

"Ini bukan undang-undang, ia hanya peraturan dalam mendaftar sahaja," kata Anwar.

Isu kedudukan Pakatan Rakyat yang dianggap longgar ekoran tidak didaftar secara rasmi sebagaimana Barisan Nasional (BN) menjadi salah satu topik perbincangan dalam Bengkel Memperkasakan Pakatan Rakyat di Tropicana Golf Resort hari ini.

Hampir 100 pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyertai bengkel bermula jam 9 pagi dan akan berakhir sehingga lewat petang ini.

Selain Anwar, turut serta adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Yang tidak kelihatan hanya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Karpal Singh, Pengerusi DAP.

Setiap parti menghantar kira-kira 30 perwakilan ke dalam bengkel sehari ini.

Turut sama dibincangkan adalah isu menangani arak di Selangor, Jawatankuasa Disiplin Pakatan Rakyat dan serangan BN terhadap Pakatan Rakyat.

Untuk isu arak, bengkel bersetuju dengan pendirian Selangor dalam hal ini. Isu pertembungan peribadi antara Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu dan Datuk Dr Hassan Ali juga selesai dalam bengkel ini.

Sehingga Pakatan Rakyat didaftarkan secara rasmi, isu disiplin akan ditangani oleh parti masing-masing.

Isu serangan BN terhadap Pakatan juga dijawab oleh Anwar apabila ditanya wartawan.

"Kita akan pertahan habis-habisan kerajaan Selangor dan kita yakin BN memang akan berusaha ke arah itu sebagai yang mereka buat di Perak," kata Anwar.

SUMBER : www.greenboc.blogspot.com

5 comments:

  1. Blog sampah !!!

    SAM

    ReplyDelete
  2. Sampah pun sampahlah. Ada aku kesah?

    At least aku tak bacul macam korang yang bersembunyi di sebalik ANON (baca sebagai jubah Mufti Harussani).

    ReplyDelete
  3. kenapa ko ni fanatik sgt benci umno. atleast org umno islam. ko benci membabi buta. ko ingat kalau PR menang dap nak bgi malaysia negara islam. jgn harap lah. orang PKR plak semua plak semua melayu liberal ala barat.

    umno rasis? memangla rasis sikit. ko ingat bdk melayu boleh dapat biasiswa ke kalau xde NEP. jgn haraplah. aku ade kwn menyokong kuat PR dan salah seorang NGO pro PR. Selalu kutuk umno x adil. tpi anak2 dier sume dapat scholarship/blaja JPA n petronas n uitm. kalau xde NEP n bersaing dgn bkn melayu. hmmm, xdelah..

    ko cuba lihat kat bandar2 kat malaysia semua hak milik bukan melayu kedai2 n pusat beli belah. every town is a chinese town. please be rational.

    ko tahu tak psl guna perkataan Allah s.w.t dalam ajaran kristian tu. NGO yang nak lawan untuk bgi pakai nama Allah s.w.t tu semua NGO pro PR. Ko jgn buat x tahu pulak nafikan!!. aku baru dpt risalah pendakwah kristian letak kat kereta aku tulis dalam bahasa melayu n guna nama Allah. kite bkn org arab. diorg bolehlah beza. ko tak caya bleh aku pos kat ko.

    psl ISA pulak, bkn untuk tahanan politik je. kalau tgok bilangan tahanan byk adalah penjenayah x de bukti cth bos kongsi gelap n sindiket. baca dulu fakta jgn sokong je.

    -dewa-

    ReplyDelete
  4. Pertama - Thanks sebab hang bg komen "ala ala" artikel. Lain kali kalau nak tulis panjang panjang, buat blog sendiri.

    Kedua - Kalau nak bg komen dan nak aku layan komen hang, pls letak nama. Letak pi lah nama apa apa pun, janji nama.

    Hanya anak buluh betung jer yang dok guna ANON ANON nih.

    Ketiga - Komen hang panjang sangat but it's ok sebab ada "nilai" walaupun "nilai" tu takdelah setinggi mana pun.

    Aku akan jawab komen hang dalam posting. Bagi aku sikit masa untuk setelkan urusan lain kejap. Jap lagi aku jawab dalam posting.

    ReplyDelete
  5. Ok. Aku dah jawab komen hang dalam posting. Aku tunggu jawapan hang. Kita debat secara bertamaddun.

    ReplyDelete