Thursday, August 13, 2009

UMNO SEMAKIN HILANG ARAH - UMNO DAH MATI KUTU



Sebelum demonstrasi Bantah ISA anjuran GMI, UMNO telah "memperanjingkan" beberapa NGO dengan tujuan menggagalkan demonstrasi tersebut.

Siang malam pagi petang, PERKASA, PEWARIS, PPIM, PEKIDA, GPMS, kemudian muncul pula MAGARAN yang entah daripada mana datangnya, semuanya bercakap berdegar degar kepada media.

Kelompok ini bercakap dengan "nada" dan dengan "suara" UMNO walaupun menggunakan topeng NGO.

Kononnya, demonstrasi jalanan tersebut akan mencetuskan huru hara - sekarang dah tidak kedengaran lagi.

Selepas selesai demonstrasi tersebut, muncul pula jurucakap UMNO yang bertopengkan MAGARAN yang bernama Khairul Azam.

Siang malam pagi petang, mendesak itu dan ini sehinggakan orang UMNO pun menyifatkan gelagat mamat nih dah macam orang gila.

Desak punya desak - last last, dia pun hilang dah.

Pastu, bunyi pula Raja Nong Chik yang bodoh piang tu. Konon kononnya peniaga di pusat bandar Kuala Lumpur rugi antara RM100-RM200 juta akibat daripada demonstrasi tersebut.

Punyalah kalut puak puak nih dok daftar peniaga yang konon kononnya mengalami rugi besar. Senarai punya senarai, jumlah terkumpul yang dapat dicapai oleh puak puak yahudi mabuk nih hanyalah sekitar RM10juta.

Untuk tutup kebodohan Raja Nong Chik yang bodoh piang itu, maka dikerahkan pula NGO NGO bertaraf hidup segan mati tak mahu yang berselindung di sekalik title "peniaga" untuk membuat laporan polis dan seterusnya menuntut ganti rugi daripada GMI.

Lapor punya lapor, tuntut punya tuntut - last last, senyap pi dah.

Pastu bunyi pula isu arak di Selangor. Kelam kabut beruk beruk makyeh buat demo di Shahalam konon kononnya Ronnie Liu menghina Islam apabila mengarahkan beer yang dirampas dipulangkan.

Demo punya demo - last last, tak berbunyi jugak dah.

Laa nih, pakat dok kelam kabut dengan isu khianat pulak. Sana sini beruk beruk makyeh nih dok pakat berhimpun. Konon kononnya berdiri di belakang Muhyiddin.

Takperlah. Ikut suka hangpalah nak berhimpun ka nak meraung ka. Itu hak hangpa. Kita demokrasi.

Kalau kawan kawan aku marah pasai polis tak ambil berat demonstrasi puak puak beruk makyeh nih, aku tak kisah pun. Pasai aku yakin, polis pun tau, berapa lama sangatlah beruk beruk makyeh nih boleh dok tahan berdiri tu.

Kalau suku sakat kita, lainlah. Lagi ramai polis, lagi kita semangat. Lagi banyak rasaksa Water Canon, lagi ramai turun berhimpun. Macam pesta walaupun terseksa dan menderita. Nikmat doh...

Seminggu dua lagi, tak berbunyilah isu khianat tu. Puak puak beruk makyeh nih bukannya reti apa pun. Depa hangat hangat taik ayam jer. Maklumlah, kontrak pun dah tak dapat. Dok harap makan duit upah pi berhimpun jer lah.

Puak puak nih bukannya reti dosa pahala syurga neraka. Depa kira, kalau mati, matii...tanam. Takat tu jer....

No comments:

Post a Comment