Friday, August 14, 2009

HISHAMUDDIN KATA DEMONSTRASI JEJAS PERPADUAN KAUM



Hishamuddin yang "lemah lembut" dengan lemah lembut mendakwa demonstrasi jalanan boleh menggugat perpaduan kaum yang yang "mantap" di negara ini.

Untuk pengetahuan "Cik" Hishamuddin, pada kami yang menjadi peserta tetap demonstrasi jalanan nih, perpaduan di kalangan kami semakin kukuh apabila "diserang" dan "diseksa" oleh FRU dan rasaksa Water Canon.

Segaka-galanya kami kongsi bersama tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Kami kongsi bersama butir butir garam bagi mengurangkan rasa sakit dan pedih akibat daripada asap gas pemedih mata.

Kami kongsi bersama air mineral bagi membasuh muka yang pedih dan perit akibat siraman air kimia oleh rasaksa Water Canon.

Kami membantu sesama kami setiap kali "berkejar-kejaran manja" dengan anjing anjing bertopi.

Tidak ada erti warna kulit pada kami. Yang ada pada kami hanyalah "KAMI ANAK MALAYSIA".

Untuk pengetahuan "Cik" Hishamuddin juga, yang akan menjadikan deemonstrasi jalanan itu bertukar menjadi krisis berbau perkauman adalah "penyertaan tidak diundang" agen agen UMNO seperti PEKIDA, PERKASA dan Khairul Azam.

Ambil contoh perhimpunan aman penduduk Bukit Mahkota Cheras suatu ketika dulu. Penduduk berhimpun dengan aman tetapi agen agen UMNOlah yang muncul entah daripada mana dan terus membelasah penduduk sehingga darah mengalir.

Pujian dan tabik hormat layak diberikan kepada penduduk Bukit Mahkota Cheras yang berbilang kaum itu kerana "huru hara" yang dicetuskan oleh anak anak buluh betung itu berjaya mereka tangani dengan sebijaknya.

Mereka tidak membalas provokasi anak anak buluh betung berwarna hijau merah dan kuning itu. Malah, penduduk bekerjasama menyelamatkan mangsa kekejaman tahap gampang anak anak buluh betung yang juga gampang itu.

Ambil juga demonstrasi Bantah ISA anjuran GMI. Tidak kedengaran walau sekali pun GMI dan penyokongnya bercakap berdegar degar kononnya huru hara akan dilakukan oleh mereka. Merek sampai saat akhir, malah sampai hari ini, masih memegang konsep dan ruh perhimpunan aman.

Yang bercakap seperti samseng dan yang menggertak sana sini adalah anak anak buluh betung yang dipotretkan sebagai PEWARIS, PERKASA dan MAGARAN.

Jadi, "Cik" Hishamuddin, cerminlah diri. Rosaknya dan hancurnya perpaduan kaum di negara ini bukanlah kerana demonstrasi jalanan tetapi adalah kerana juak juak UMNO yang membiakkan anak buluh betung supaya buluh betung ini mampu bertukar menjadi buluh runcing bagi menghapuskan musuh politik.

"Cik" Hishamuddin tentu tahu kan apa maksud saya? Maklumlah, "Cik" Hishamuddin kan salah seorang pengusaha anak buluh betung.

"Cik" Hishamuddin pernah hadir demonstrasi yang turut disertai rasaksa Water Canon? Jika tidak pernah, hadirlah. Tentu "Cik" Hishamuddin akan tahu betapa nikmatnya pengalaman tersebut dan "Cik" Hishamuddin boleh saksikan sendiri betapa kukuhnya persaudaraan kami sebagai "ANAK MALAYSIA YANG MERDEKA".

5 comments:

  1. SALAM ZIARAH SAUDARA...SY SENTIASA MENGIKUTI BLOG SAUDARA, DAN PANDANGAN SY PENULISAN SAUDARA SANGAT MENARIK, BERBAGAI2 GAYA BAHASA DAN KENA PADA TEMPATNYA...SO...TERUSKAN PERJUANGAN MEMBURU SYAHID...

    ReplyDelete
  2. CUMA SAYA NAK BERIKAN PENJELASAN SEDIKIT...TAK SEMUA AHLI PEKIDA BERHATI MERAH UMNGOK, MEREKA2 INI TDK MEMAHAMI APA YG TELAH DIBAI'AHKAN...MALAH RAMAI YG BERHATI HIJAU ISLAM...DAN SAYA ADALAH SALAH SEORANG DARINYA...BERSAMALAH KITA BERJUANG MENEGAKKAN ISLAM SEBAGAI AD-DIN DI NEGARA MALAYSIA YG DICINTAI INI...

    ReplyDelete
  3. Salam....

    Saya hargai pandangan dan pendapat anda.Terima kasih juga kerana anda mengikuti blog saya. Moga ada kebaikan untuk kita bersama.

    Rasionalnya begini - apabila disebut "orang Islam itu ganas", adakah itu bererti "setiap individu Islam" atau bererti "secara umum"?

    Begitu juga dalam hal PEKIDA nih. Apabila disebut "PEKIDA" dalam tulisan saya, maka itu membawa erti "PEKIDA secara umum" dan bukan bererti "setiap individu PEKIDA".

    Apa apa pun, jika apa yang saya tulis itu dianggap sebagai salah faham saya tentang "PEKIDA", saya mohon maaf dan kita serahkan segalanya kepada Allah swt.

    ReplyDelete
  4. SALAM...ALHAMDULILLAH, SAYA MEMAHAMI PENJELASAN SAUDARA...MUNGKIN SAYA AGAK EMOSI BILA MENYEBUT TENTANG PEKIDA KERANA PRINSIP ASAS PERJUANGAN PEKIDA IALAH "AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR"...MOHON MAAF KEMBALI...YG BAIK DARI ALLAH DAN YG BURUK ITU JUGA DARI ALLAH TAPI DI ATAS KELEMAHAN IMAN SAYA SENDIRI...
    SALAM PERJUANGAN...

    ReplyDelete
  5. Salam....

    Memang kewajipan setiap muslim sama ada lelaki atau perempuan untuk hidup berlandaskan "amar ma'ruf nahyu mungkar".

    Apa yang perlu diperjelaskan adalah apa erti sebenar "amar ma'ruf nahyu mungkar".

    Kedudukannya pada lisankah atau niatkah atau pada perbuatankan? Atau pada ketiga tiganya sekali? Atau sekadar dislogankan sahajakah?

    Semuanya perlu jelas supaya Islam dapat difahami dengan sepenuhnya. Supaya dapat dibezakan diantara tuntutan adat, tuntutan budaya dan tuntutan syariat.

    Harus juga difahami bahawa "amar ma'ruf nahyu mungkar" membawa erti tuntutan syariat didahulukan dan dijunjung.

    InsyaAllah, ya akhi. Berdoalah semoga persaudaraan ini subur dan mekar.

    Allahu Akbar !!

    ReplyDelete