Friday, August 14, 2009

CENDIAKAWAN ISLAM TEGUR TG HJ NIK AZIZ



Utusan dengan penuh bangga menyiarkan laporan tentang dua "cendiakawan" Islam menegur TG Hj Nik Aziz yang kononnya telah mengeluarkan kenyataan yang membuka ruang untuk Islam dihina.

Kedua dua "cendiakawan" Islam itu secara kesimpulannya berpendapat kenyataan TG Hj Nik Aziz itu sangat tidak wajar dan tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang "Tok Guru".


TG Hj Nik Aziz sebelum ini telah menempelak UMNO kerana mempotretkan DAP sebagai menghina Islam.

Menurut pandangan TG Hj Nik Aziz,apa yang nak dihairankan jika DAP "menghina" Islam kerana DAP sememangnya bukan Islam. Sepatutnya, golongan yang mengaku Islam tetapi enggan menerima Islam sebagai pegangan itulah yang patut dihairankan.

Kenyataan itu secara sindirannya ditujukan kepada UMNO.


Menurut dua "cendiakawan" Islam ini, kenyataan TG Hj Nik Aziz ini ditakuti lama kelamaan akan menjadikan "penghinaan" bukan Islam terhadap Islam sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak perlu lagi disensitifkan.

Siapakah Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Prof Datuk Dr Mohammad Yusuff Hussain ini?


Bukan soal dia Prof ataupun Dr (pHd) yang aku tanya. Jika titled Prof atau Dr (pHd) itu yang nak dijadikan tiket untuk mereka berdua digelar "cendiakawan" Islam, di Barat ramai pensyarah pengajian Islam adalah golongan bukan Islam dan mereka ini jauh lebih "hebat" berbanding Mahmood Zuhdi dan Yusuff Hussain.

Yang aku tanya "mereka siapa"?

Pelajar APIUM lebih kenal siapa Mahmood Zuhdi.
Dulu jika tidak silap aku, ketika mengajar di APIUM, Mahmood Zuhdi pernah bertanya kepada students dua soalan.

Pertama, yang manakah yang lebih hebat di antara ulama dulu dan ulama sekarang? Dan jawapannya ulama dulu.


Kedua, yang manakah lebih "'alim ilmu" di antara ulama pondok dengan ulama universiti? Dan jawapannya ulama pondok kerana mereka mengaji dan mengkaji sampai ke akar umbi sesuatu ilmu itu.


Malangnya, sekarang kelihatan Mahmood Zuhdi seperti mahu menafikan apa yang pernah menjadi pendiriannya ketika di APIUM.


Mengenai Yusuff Hussain pula, apalah yang nak dihairankan oleh kita jika manusia yang bernama Yusuff Hussain ini menegur atau menempelak TG Hj Nik Aziz.

Beliu pernah menjadi AJK Alumni Kelab UMNO Luar Negara suatu ketika dulu.


Layakkah Yusuff Hussain bersuara sedangkan beliau langsung tidak melakukan apa apa untuk membanteras maksiat di Kuala Lumpur sewaktu beliau menjadi Mufti Wilayah Persekutuan dulu.


Pendek kata inilah contoh "cendiakawan" Islam yang ada ilmu dan tahu ilmu tetapi tidak faham ilmu.


Kenapa perkara yang terang lagi bersuluh tidak ditegur? Contohnya, Rosmah Mansor yang sudah tua renta itu masih berjambul "woody wood-pecker" dan masih terus terusan berbangga dengan tidak menutup aurat? Kenapa tidak bersuara?


Bukankah menutup aurat itu wajib atas setiap muslim tidak kira lelaki mahupun perempuan? Jika Mahmood Zuhdi dan Yusuff Hussain, pejamkan mata terhadap jambul "woody wood-pecker" itu, maka tidak ada bezalah Mahmood Zuhdi dan Yusuff Hussain dengan Ronnie Liu dan Jeff Ooi daripada DAP itu.


Ketika mana "sah" Khairy dan Ali Rustam rasuah, kenapa tidak bersuara? Kerana tidak diarahkan bersuara, bukan?


Inilah contoh ulama akhir zaman yang diberitakan oleh Rasulullah saw kepada kita - ulama ketika itu ramai di atas muka bumi tetapi daripada merekalah munculnya fitnah fitnah yang dahsyat.


Apa maksud fitnah fitnah yang dahsyat? Fitnah fitnah atau kenyataan kenyataan yang dibuat atas nama Islam tetapi sebenarnya bercanggah dengan Islam.

Perkara yang sepatutnya ditegur dan diperbetulkan tidak ditegur dan tidak diperbetulkan tetapi lebih sibuk dengan isu isu "mengilat punggong pemerintah".


Sekali lagi, siapakah Mahmood Zuhdi dan Yusuff Hussain? Mereka juga UMNO seperti mana Mufti Harussani yang sangat munafik itu.


Titik.

No comments:

Post a Comment