Friday, August 14, 2009

KENYATAAN MEDIA DAP TENTANG ISU ARAK DI SHAHALAM




UMNO perlu bertindak ikhlas dan bukan berpolitiking dalam isu larangan menjual minuman beralkohol. Untuk beberapa minggu yang lalu, UMNO dan Utusan Malaysia telah menggunakan isu larangan menjual minuman beralkohol untuk menyerang PAS dan Pakatan Rakyat Selangor.

Justify Full Malahan UMNO dan Utusan Malaysia telah mencampur-adukkan isu ini dengan isu-isu perkauman dan agama yang lain dan melancarkan serangan dan fitnah yang tidak berasas dan terhadap DAP, kononnya DAP anti-Islam dan anti-Melayu.

Kalau UMNO betul-betul memperjuangkan Islam, maka saya mencabar UMNO jangan menuding jari ke atas PAS dan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim sahaja kerana mereka juga perlu melakukan yang sama di negeri-negeri yang mereka mentadbir.

UMNO juga perlu menggubal undang-undang Parlimen
yang sedia ada, termasuk Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan kerajaan negeri dan PBT diberi kuasa yang lebih besar untuk melaksanakan dasar melarang minuman beralkohol.


Janganlah UMNO hanya bercakap kosong dan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada orang lain sedangkan mereka sendiri hanya melepaskan batuk di atas tangga sahaja. Bak kata pepatah melayu " berkokok berderai-derai tapi ekor penuh najis".

Oleh itu, jikalau UMNO hendak menjadi jaguh orang Melayu dan orang Islam, maka saya bercadang kepada UMNO untuk melaksanakan dasar yang sama di negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO dan BN.


Malahan saya mencabar UMNO
sama ada mereka dapat menyakinkan parti-parti komponen yang lain di dalam BN untuk menerima dasar yang sama.


Jikalau UMNO tidak memberanikan diri
untuk melakukan apa yang disarankan saya, maka ini sekali lagi membuktikan hipokrasi dan ketidak-ikhlasan UMNO dan BN.


Berikutan dengan perbincangan larangan menjual minuman beralkohol di kawasan majoriti Muslim di Shah Alam, Menteri besar Selangor telah mengumumkan dasar “Kawalan-Kendiri” (Self-Regulating) di mana sepuluh (10) kedai serbaneka di kawasan sekitar Shah Alam tidak lagi menjual minuman beralkohol kepada pengguna.

Ia melibatkan 7-Eleven di Seksyen 2,6,19,11,13, 8, 7, 3, dan 7-Eleven di Jalan Kristal dan Jalan plumbum U7/7 di Seksyen 7. Sementara itu, untuk tujuh kedai 7-Eleven di Seksyen 16, 17, 20, 9, Seksyen 13 (bersebelahan Giant), Seksyen 13 (bersebelahan Hotel Carlton dan juga Seksyen 18, minuman beralkohol tidak lagi dipamerkan di rak minuman tetapi dijual di kaunter untuk pelanggan khusus seperti pelancong dan orang bukan Islam.

Ini merupakan langkah-langkah awal dan bijak daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan minuman ini tidak dijualkan kepada mereka yang tidak memerlukannya dari segi undang-undang di mana keputusan ini juga tidak bercanggahan dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.


Lau Weng San
Setiausaha DAP Selangor
Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Bahagian Petaling Jaya Utara
ADUN Kampung Tunku

ULASAN : Kalau ikutkan hati, aku nak ketuk jer kepala UMNO dengan botol tu.

No comments:

Post a Comment