Thursday, August 6, 2009

PAS PUSAT TIDAK AKAN CAMPURI URUSAN ARAK DI SELANGOR




Baguslah jika itu pendirian PAS Pusat. Sekadar memantau sudah memadai kerana yang berada di dalam saf pimpinan PAS Selangor itu bukanlah calang calang orang. Beri mereka ruang untuk berdikari dan menyelesaikan sendiri masalah di Selangor kerana hanya mereka sahaja yang memahami sepak terajang politik di negeri itu.

Apa yang aku nak komen bukan soal PAS Pusat nak campur atau tidak tetapi "peranan" dan "sikap" serta "perangai" Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang tidak berani keluar daripada kepompongnya itu.

Cubalah jangan cepat sangat nak buka mulut apabila berhadapan dengan media. Dulu kes lilin, dia juga yang wujudkan kekeliruan dalam masyarakat. Lepas tu dolak dalik.

Sekarang nih isu arak di Selangor, beliau buka mulut lagi. "Kami tidak akan berkompromi". Kalau di Terengganu tu boleh lah kita kata "kami tidak akan berkompromi" sebab di Terengganu tu majoritinya adalah umat Islam.

Di Selangor, waqi'nya berbeza. Islam dan bukan Islam boleh dikatakan sama banyak. Jadi, seharusnya "mendidik" dan dakwah itu diletakkan lebih depan berbanding "menghukum".

Janganlah fokuskan Selangor itu sebagai "semuanya Hassan Ali" kerana yang di Selangor itu ada juga "yang Ronnie Liu" dan "yang Xavier". Jadi, suasana di Selangor lebih menuntut "didikan" berbanding "hukuman".

Apa yang Dr Hassan Ali cuba buat di Selangor itu betul dan Ronnie Liu juga tidak boleh dipersalahkan kerana kita tidak pernah mendekati beliau.

Dewan Ulama PAS Pusat juga tidak boleh disalahkan walaupun mereka sepatutnya lebih awal bersuara tentang "isu lilin Ir Hj Nizar" dan "isu arak Dr Hassan Ali".

Yang perlu memikul tanggungjawab ini adalah Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang entah ke mana "hala tuju" beliau nak bawa Dewan Ulama PAS Pusat.

Hidupkan Dewan Ulama PAS Pusat dan bersuaralah sebagai Dewan Ulama PAS Pusat secara institusi dan jangan asyik Ketua Dewan Ulama PAS Pusat sorang jer yang bercakap. Orang lain pun "mengaji" juga.

Tapi, apa yang nak dihairankan. Beliau bangun pagi di Manir. Tidur malam pun di Manir. Manir lubuk PAS.

Terengganu pula orang PAS di mana mana walaupun orang UMNO juga di mana mana. Hujung sana ada Ust Bakar Chik. Hujung sana ada Mustapha Ali. Hujung sana ada TG Hj Hadi. Hujung sana ada Hj Muhyiddin.

Di Selangor, waqi'nya amat berbeza. Di sini ada Dr Hassan Ali. Di hujung sana ada Ronnie Liu. Di hujung sana ada Manichavasagam. Di hujung sana ada Teressa Kok. Di hujung sana ada Gan Pei Nie.

Bayangkan jika beliau "diutuskan" untuk menetap di Tanjong Tokong di Pulau Pinang. Agak agak, beliau boleh survive tak?

Jika boleh, maknanya beliau faham Islam seperti mana survivenya sahabat Rasulullah saw yang diutuskan ke China. Jika beliau gagal untuk sesuaikan diri dan gagal survive, maknanya beliau hanyalah "ulama yang tahu" dan bukannya "ulama yang faham".

Keluarlah daripada kepompongmu itu wahai Harun Taib. Rasulullah saw juga memimpin peperangan dari medan perang. Bukannya daripada masjid !!

Pimpinlah kami di madrasah dan di medan. Bukannya di madrasah sahaja !! Berimanlah dengan keseluruhan kandungan al-Quran dan sunnah.

Janganlah berdegar degar dengan ayat yang "mensituasikan" apa yang kita suka dan senyap sunyi dengan ayat ayat yang "mensituasikan" apa yang kita tidak selesa dan tidak suka.

Jangan asyik mengulang sebut "ulama pewaris Nabi" sahaja tetapi sebutlah juga "pencegahan kemungkaran itu dituntut dengan tangan kemudian lisan kemudian hati".

Kalau asyik cegah dengan "lisan" sahaja, maka tak ada bezalah di antara Harun Taib dan Harussani.

Pahitkan? Pedihkan? Itulah ubat. Kebenaran memang pahit.

No comments:

Post a Comment