Wednesday, August 5, 2009

UNIT AMAL PULAU PINANG MENGAKU "TERLEPASPANDANG"



Pemuda PAS Pulau Pinang mengakui seorang anggota Unit Amalnya, Muhamad Azreen Abdul Aziz dikerahkan untuk menyertai demonstrasi anti-ISA minggu lalu.

Mohd Yusni Mat Diah menegaskan pihaknya "terlepas pandang" soal umur pelajar itu kerana remaja itu "berbadan besar dan kelihatan seperti dewasa."

Dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau berkata remaja itu sudah terlibat selama tiga tahun dengan Unit Amal kategori Syabab.

PAS melatih anggota Unit Amalnya sejak di sekolah rendah lagi – peringkat Walad.

Anggota kategori rendah ini didedahkan kepada displin diri melalui latihan berkawad dan teknik asas pertolongan cemas.

Pada kelazimannya, kata Mohd Yusni lagi, anggota-anggota Unit Amal yang berusia 21 tahun ke atas dipanggil untuk mengawal keselamatan peserta perhimpunan aman anjurannya.

Anggota unit tersebut, yang berpakaian merah, juga membantu PAS dalam projek kebajikan dan mengawal lalu lintas di ceramah besar parti itu.

Muhamad Azreen bersama lebih 20 lagi peserta yang mengikuti rombongan itu bagaimanapun gagal tiba ke Kuala Lumpur setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung, Selangor pada 6 pagi Sabtu lepas.

Bapanya Abdul Aziz Ibrahim dilaporkan mendakwa anaknya cedera di mata kanan dan mulut tetapi penganjur rombongan itu "bersikap lepas tangan " selepas kemalangan itu.

Beliau, yang bekerja sebagai pemandu lori, juga mendakwa tidak memberikan kebenaran kepada anaknya menyertai demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara petang 1 Ogos lalu.

Mengulas dakwaan terdapat peserta demonstrasi dipaksa atau diupah untuk menyertainya, Mohd Yusni Mat Diah berkata ia "tidak benar".

"Perkara itu tidak berbangkit. Dia (Muhamad Azreen) menyertainya tanpa sebarang paksaan, secara sukarela.

"Duit tambang RM35 pun dia bayar sendiri," katanya.

Mohd Yusni menegaskan, PAS sentiasa menjaga kebajikan anggota Unit Amalnya secara berterusan dan tidak akan bersikap lepas tangan.

"Baru-baru ini pun kita dah bagi RM100 untuk bantu (rawatan) dia," katanya.

Seratus anggota Unit Amal dikerahkan dari negeri itu bagi membantu mengawal keselamatan dalam demonstrasi besar itu.


ULASAN : Ust Yusni, terlepas pandang kat remaja tu takperlah. Rasanya boleh dimaafkan kot. Tapi jangan pula "terlepas pandang" kat Nurhalim tu.

Atau, antara Ust Yusni dengan Nurhalim tu "pandang tak lepas lepas".

Seperkara lagi, untuk makluman Ust Yusni, manusia zaman sekarang nih dah boleh berfikir secara kritis dan logik.

Jawapan jawapan seperti "terlepas pandang", "akan kaji", "dalam pertimbangan", "akan pantau", "akan mempastikan kejadian serupa tidak berulang lagi" dan sebagainya itu sudah dianggap sebagai alasan alasan untuk "melepaskan diri" dalam usaha untuk "lepas tangan" atas apa yang terjadi.

Bukan soal tambang sapa bagi. Bukan soal berapa RM hangpa bagi untuk duit ubat dia. Soalnya, tangani makhluk makhluk tertentu yang buat Unit Amal Pulau Pinang macam pak depa punya tu.

Kami tau lah depa tu orang lama tapi janganlah perasan dan ego tak tentu hala.

No comments:

Post a Comment