Wednesday, August 5, 2009

MUHYIDDIN - BROKER TANAH YANG BERJAYA




Dalam politik semuanya boleh berlaku - kawan jadi lawan dan musuh jadi sekutu. Orang politik memang pandai bersandiwara demi kepentingan politik masing-masing.

Episod terbaru dengan jelas melambangkan satu lagi sandiwara politik.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini cukup selesa dengan kedudukan sebagai orang nombor dua dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan kepimpinan UMNO, juga begitu.

Saya tidak terperanjat atau hairan apabila TS Muhyiddin menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "pengkhianat" bangsa Melayu.

Kenyataan itu tidak lebih daripada kenyataan politik walaupun TS Muhyiddin berkata dia sanggup di saman dan tidak akan meminta maaf seperti yang dipinta oleh DS Anwar.


Penyokong TS Muhyiddin sudah tentu akan berkata inilah pemimpin yang berani dan berwibawa. Itu hak mereka.
Cuma, dalam ingatan saya masih jelas akan episod di mana TS Muhyiddin dan DS Anwar berpeluk-pelukan.

Pada ketika itu TS Muhyiddin hanyalah seorang menteri dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad dan salah seorang "orang" DS Anwar.


Yang paling menarik ialah tempat dan dalam "majlis" apa yang mereka berpelukan itu.
Ia adalah di kediaman DS Anwar ketika itu di Bukit Damansara (Damansara Heights) Kuala Lumpur.

Bila? Semasa rumah DS Anwar dipenuhi para penyokongnya dan dikepung oleh polis termasuk Unit Tindakan Khas (UTK) yang bersiap siaga untuk menahan (manangkap) DS Anwar.


Pada waktu itu, TS Muhyiddin memberanikan diri untuk ke rumah DS Anwar walaupun mantan Timbalan PM itu dipecat oleh Tun Mahathir. Itu dulu.


Sekarang, TS Muhyiddin menuduh DS Anwar sebagai pengkhianat bangsa Melayu sedangkan tidak kurang banyaknya orang Melayu yang menyokong DS Anwar.

Ini bermakna orang Melayu yang menyokong DS Anwar juga pengkhianat kepada diri mereka sendiri.


Apa yang sepatutnya dikatakan oleh TS Muhyiddin ialah DS Anwar pengkhianat kepada UMNO, bukan kepada bangsa Melayu.

Tetapi, itulah politik. Dulu kawan, kini lawan.


SUMBER
: www.bloglistpolitik.blogspot.com

1 comment:

  1. Si al malikul sembab ingat dia bolih jadi PM. Tunggu lah bila dia kena mainkan si jibby monggol.
    AL sembab akan menangis se orang diri.

    ReplyDelete