Wednesday, August 5, 2009

MELAYU MEMANG BERANI - YANG PENAKUT TU HANYA IBRAHIM ALI, KHAIRUL AZAM, PEWARIS DAN UMNO SAHAJA




Berahim Ali kata Melayu mesti berani kerana berani tu memang milik Melayu. Korang boleh baca kenyataan Berahim Ali dalam akhbar Sinar Harian.

Aku setuju sangat. Kami anak anak muda Melayu telah membuktikan dan mengesahkan bahawa Melayu sememangnya berani. Berani kerana benar.

Kami telah turun ke medan untuk berhadapan dengan apa juga kekejaman dan kezaliman UMNO/BN. Kami telah turun ke medan untuk membela golongan yang ditindas tidak kira apa bangsa dan agamanya.

Kami yakin Melayu yang berani adalah Melayu yang melindungi golongan yang lemah dan bukannya Melayu yang menindas anak bangsanya sendiri.

Walaupun kami disakiti, dicederakan, dipukul, disembur air kimia yang memedihkan, ditahan, disepak, diterajang, ditangkap dan "di"apa sahaja oleh anjing anjing kurap yang dilepaskan oleh UMNO/BN, kami anak anak muda Melayu tetap bertahan dan tidak sesekali undur.

Kami telah membuktikan bahawa kami berjaya merobohkan tembok politik perkauman demi keadilan untuk anak bangsa. Kami telah membuktikan kami berjaya mengenepikan ideologi politik demi masa depan anak bangsa.

Walaupun kami mencintai ulama dan kami mengasihi ulama, namun kami telah membuktikan bahawa kami tidak akan tinggal diam di dalam masjid dan madrasah sekiranya ketidakadilan berlaku walaupun ulama yang kami kasihi itu tidak pernah pun turun berdemonstrasi walaupun dia seorang Ketua Dewan Ulama PAS Pusat !!

Boleh jadi beliau hanya bertemu dengan sirah yang memberitakan bahawa Rasulullah saw mengajar para sahabat dan beliau beliau belum lagi bertemu dengan sirah yang memberitakan bahawa Rasulullah juga memimpin peperangan.

Kami tidak peduli dengan ulama seperti itu dan kami anak anak muda Melayu telah membuktikan bahawa ulama seperti itu hanya layak digelar '"tin kosong" sahaja.

Kami telah berjaya membuktikan bahawa anak muda Melayu menyahut seruan TG Hj Nik Aziz yang mahukan sesiapa juga yang sihat turun bersama untuk menyuarakan bantahan.

Kami telah membuktikan kami anak anak muda Melayu yang merdeka jiwa dan pemikirannya. Kami telah membuktikan kami adalah anak anak muda Melayu yang cintakan agama dan tanahair walaupun kami tidak bersongkok tinggi seperti Pemuda UMNO.

Pada kami, bukan songkok tinggi itu yang melambangkan Melayu tetapi jatidiri dan keimanan kepada Allah swt-lah yang akan memuliakan Melayu.

Pak Berahim, kami berani. Percayalah.

Pak Berahim, yang penakut dan tidak ada maruah dan jatidiri itu hanyalah Pak Berahim, Khairul Azam, Rahimuddin, Dr Maamor Othman, Lan Gajah, Jais Abdul Karim dan lain lain yang bernama PEWARIS, PROWARIS, MAGARAN, PEKIDA, GPMS, Pemuda UMNO dan tidak lupa juga PERKASA pimpinan {Pak Berahim sendiri.

Untuk makluman Pak Berahim, kami anak anak muda Melayu akan terus berdiri di sini demi Islam dan tanahair. Kami bertekad dan nekad akan pertahanakan maruah Islam dan tanahair ini daripada segala petualang yang ada.

Pak Berahim adalah di antara petualang itu.

Bravo TG Hj Nik Aziz yang menyeru kami turun ke medan jihad ini !! Bravo TG Hj Hadi Awang yang menjadi panglima medan jihad ini !!

Bravo DS Anwar Ibrahim !! Bravo Uncle Lim Kit Siang !! Bravo Pak Syed Ibrahim !! Bravo semua pimpinan Pakatan yang turun bersama kami !!

Bravo Cikgu Laila !! Bravo Aiman al-Jundi !! Bravo semua yang ditahan !!

Hancur !! Hancur !! Hancur Pemerhati !!

Hancur !! Hancur !! Hancur Munafik !!

No comments:

Post a Comment