Tuesday, July 7, 2009

ANTARA UMNO DAN CHIN PENG



Chin Peng kini telah berumur 90 tahun dan beliau kini ingin kembali ke tanah air untuk melawat pusara ibunya di Sitiawan. Beliau sepatutnya telah lama dibenarkan pulang semula ke tanah air sepertimana Rashid Maidin, Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh bersama 335 bekas anggota PKM yang lain.

Rashid Maidin, Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh – Kominis Melayu telah lama dibenarkan pulang semula ke tanah air. Apakah kerana Chin Peng seorang Kominis Cina ?

Sehingga ada Melayu yang berkata , siapa yang sokong Chin Peng balik ke Malaysia adalah pengkhianat negara. Alasannya mudah : Dosa Chin Peng terhadap orang Melayu adalah terlalu besar ; tidak terampun – tiada maaf bagi mu!

Mana lebih besar, dosa Chin Peng atau Melayu yang jual pasir ke Singapura?

Mana lebih besar, dosa Chin Peng atau Melayu yang jual ayer dengan harga 0.07 sen segelen dan beli semula daripada Singapura dengan harga 0.17 sen segelen?

Mana lebih besar, dosa Chin Peng atau Melayu yang berikan sebuah bukit kepada seorang towkey perjudian?

Mana lebih besar, dosa Chin Peng atau Melayu yang serahkan pulau Batu Puteh ke Singapura?

Mana lebih besar, dosa Chin Peng atau Melayu yang gi songlap duit royalti minyak Terengganu?

Mana lebih besar, dosa Chin Peng atau Melayu yang merogol gadis Melayu di Bukit Katil Melaka?

Mana lebih besar, dosa Chin Peng atau Melayu yang balun habis AP di beri kepada saudara mara dan kroni-kroninya?

Mana lebih besar, dosa Chin Peng atau Melayu yang yang dapat tender berbelas-belas tahun membekal maggi mee expired kepada askar-askar Melayu di hutan belantara?

Mana lebih besar, dosa Chin Peng atau Melayu yang membelakangkan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik(PPSMI)?

Mana lebih besar, dosa Chin Peng atau Melayu yang minta agar imuniti raja-raja Melayu dihapuskan?

Mana lebih besar, dosa Chin Peng atau Melayu yang tolak Hudud?

Mana lebih besar, dosa Chin Peng atau Melayu yang membunuh Melayu di Memali?

Mana lebih besar, dosa Chin Peng atau Melayu yang menyamun balak dan bijih?

Mana lebih besar, dosa Chin Peng atau Melayu yang melanun badan-badan berkanun negara?

Jawapan kepada semua persoalan diatas ialah : Dosa Chin Peng terhadap orang Melayu adalah terlalu besar ; tidak terampun – tiada maaf bagi mu , hanya kerana dia dilahirkan sebagai seorang yang berbangsa Cina!

SUMBER : www.alhusseyn51.blogspot.com

No comments:

Post a Comment