Thursday, July 2, 2009

GERAKAN UMPAN KHINZIR KEPADA DAP DAN PKR KEDAH




Selepas cadangan kerajaan perpaduan PAS-Umno tidak menjadi kenyataan, kini Gerakan pula mengajak DAP dan PKR bekerjasama dengan BN untuk menubuhkan kerajaan perpaduan baru di Kedah.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata, ia bagi mempertahankan kepentingan semua rakyat Malaysia di Kedah.

"Dan membantu pembangunan negeri Kedah, berdasarkan polisi-polisi yang lebih konstruktif, dinamik dan progresif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas keputusan DAP Kedah untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Katanya, keputusan DAP Kedah itu tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada kerajaan PAS Kedah, kecuali ia bersedia bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan perpaduan.

"Selepas lebih daripada satu tahun, rakyat Kedah telah melihat polisi-polisi yang melampau yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri PAS yang tidak menguntungkan rakyat Kedah tetapi hanya melembabkan pembangunan negeri Kedah," katanya.

Di samping itu, katanya, juga penting bagi PKR Kedah membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk membentuk kerajaan perpaduan BN-PKR-DAP di Kedah.

"...sekiranya PKR Kedah juga mempunyai matlamat untuk membantu semua rakyat di negeri Kedah," tambahnya.

Semalam, pengerusi DAP Kedah, Thomas Su berkata, jawatankuasa DAP Kedah memutuskan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat di Kedah.

Katanya, keputusan itu buat ekoran kegagalan kerajaan PAS Kedah memberi layanan saksama kepada semua rakyat negeri itu.

Dua punca utama menyebabkan keputusan itu dibuat ialah tindakan merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya dan 50 peratus kuota perumahan bumiputera di negeri itu.

SUMBER : www.malaysiakini.com


ULASAN : Punyalah terhegeh hegeh. Macamlah PKR Kedah lapaq sangat dengan babi tu. Kalau DAP Kedah, aku tak tau. Hangpa kena pi tanya Thomas Su. Dia ada resepi baru.

Kalau kalah, buat cara kalah. rakyat dah tolak gerombolan hangpa. Nak menyondol apa lagi? Blah laaa....

2 comments:

  1. saya rasa kalau BN sepakat dengan PKR, Kedah mungkin akan maju. saya lihat ekonomi dan pembangunan di kedah macam lembap di bawah PAS!

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Tak payah nak saya rasa saya rasa lah cik adik oiii......50 tahun BN pegang.....apa pun takdak.

    Takyahlah u bg komen yang nampak macam limau purut tu.

    ReplyDelete