Tuesday, July 7, 2009

MUHYIDDIN : TG HJ NIK AZIZ TIDAK MA'SUM




Tan Sri Muhyiddin Yassin - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, bukan seorang yang maksum hingga terpelihara daripada sebarang kelemahan dan tidak boleh ditegur apabila melakukan kesilapan.

Itu apa yang mamat sembab nih kata. Aku jumpa artikel nih di blog kamalfarsya.blogspot.

Puak puak goblok nih memang macam nih. Kuman depan mata depa nampak tapi gajah seberang laut nuh depa nampak.

Memang betul TG Hj Nik Aziz tidak maksum. Memang betul beliau bukan Nabi. Kami pun tak kata beliau maksum. Kami pun tak pernah kata beliau setaraf Nabi.

Memang beliau boleh ditegur dan wajib ditegur jika beliau melencong daripada jalan Allah swt dan Rasulullah saw. Persoalannya, adakah beliau melencong dari jalan jalan tersebut? Persoalannya, adakah beliau menolak pendekatan jalan jalan Rasulullah saw?

Jika beliau melencong daripada jalan dunia ke jalan akhirat, maka wajib kita bersamanya. Jika beliau melencongkan dunia untuk akhirat, maka wajib kita bersamanya. Jika beliau melencongkan kejahilan kepada ilmu dan amal, maka wajib kita bersamanya.

Namun, persoalan yang timbul di sini adalah wajarkah UMNO yang diselimuti daki daki kuffar itu menegur dan menasihati TG Hj Nik Aziz? Di manakah silapnya TG Hj Nik Aziz?

Jika benar UMNO mahu mengenengahkan kesilapan dan kelemahan TG Hj Nik Aziz, kenapa takut untuk bersemuka dan berbahas? Kenapa mengelak setelah TG Hj Nik Aziz buka gelanggang?

Sahlah UMNO yang munafiq sebenarnya.

Apa pun, persoalan yang lebih penting adalah - Siapa Muhyiddin untuk mengeluarkan pandangan sedemikian? Apa hujahnya? Apa dalilnya?

Bercakap atas dasar mamat sembab nih seorang Timbalan Perdana Menteri dan bukan berdasarkan kefahaman ilmu.

Rakyat bukan bodoh dan bukan lagi sedia untuk diperbodohkan oleh UMNO yang zalim dan dungu itu.

No comments:

Post a Comment