Friday, July 3, 2009

PEMUDA PAS PUSAT IBARAT JILAT LUDAH SENDIRI




Ketika UMNO di penghujung hayat...sudah hampir mati taliannya, tetiba Pemuda PAS Pusat pula terhegeh-hegeh nak tunjuk baik dengan mengadakan perjumpaan dengan Pemuda UMNO...Bergerak atas nama Islam dan membawa identiti agama, tetapi sanggup membunuh rakan seperjuangan sendiri. Pemuda PAS membuat keputusan di saat ahli, penyokong dan pengundi PAS berdoa siang dan malam agar UMNO dan BN terus berkubur dan lenyap.

Apakah jadahnya ni... Nampaknya Pemuda PAS mahu tunjuk baik. Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan PAS disebabkan atas dasar dan kerjasama PAKATAN RAKYAT. Pakatan Rakyat mendapat sokongan dari semua kaum. PAS ingat dia menang dan dapat memerintah kerana rakyat menyokongnya. Sebenarnya tidak.. Rakyat menyokong PAKATAN RAKYAT. Amat bodoh tindakan Pemuda PAS ini. Nampak saja macam pandai, tetapi amat bodoh dan mangkok dari segi politik.

Sepatutnya Pemuda PAS perlu kuburkan terus hubungan dengan UMNO dan BN. Kukuhkan kerjasama dengan gabungan dalam Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP. Sekarang sudah terbukti bahawa kepimpinan PAS sudah gila kuasa dan gila harta. Akan jadi gila dan terus gila lebih teruk dari UMNO. pakai serban dan bercakap bab agama sahaja belum tentu menjamin kecerdikan akal fikiran dan bijak berpolitik. Pemuda PAS sudah lupa sokongan dan harapan yang pengundi berikan.

Saya amat yakin jika Pemuda PAS masih dengan ego dan mahu berbaik dengan UMNO dan BN, tunggulah....PRU13 pasti lingkup kerana parti ini yang mengaku berjuang atas nama Islam telah mengkhianati rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat....Pohon kerjasama semua rakan-rakan dan pengundi untuk terus menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU13, tanpa PAS kerana PAS sudah jadi macam UMNO yang duduk semeja dan sebangku dalam Barisan Najib (BN).

SUMBER : www.kedahlanie.blogspot.com

No comments:

Post a Comment