Friday, July 3, 2009

ADA "ULAMA" YANG MASIH MENYEMAI BENIH BENIH KERAJAAN PERPADUAN



PAS yang mempunyai pemimpin ulama kuasa masih tidak mahu mengerti dan memahami kerisauan ahli dan penyokong serta pengundi mereka dalam PRU yang lalu dengan terus bermain dengan sentimen Kerajaan Perpaduan.

Benarkah PAS mempunyai kekuatan mutlak dan sebenar dalam dirinya? Seperti yang diyakini ulama kuasa itu?


Lihatlah rakyat kebanyakan, yang mengundi PAS tempoh hari, apakah mereka mengundi kerana mereka telah bertaqwa kepada Allah sehingga mereka mengundi kebaikan yang kononnya PAS bawa itu?
Amat malang jika mereka ulama kuasa PAS itu menjawab YA.

Apakah mereka yakin dakwah mereka bersambut benar untuk menegakkan islam? Sedangkan kalau kita lihat generasi muda kebanyakan dari Melayu sendiripun jauh dari ruh Islam.


Jangankan untuk menegakkan hudud.. yang fardu ain seperti solat pun mereka tak mampu.


Harus diingat generasi muda bukan mengundi untuk hudud anda tapi hanya kerana penolakan kepada UMNO/BN. Umum mereka mengakui ianya hanyalah sebuah pelarian dan tidak bersifat kekal.

SUMBER : www.suwaritimur.blogspot.com

2 comments:

  1. Ingatilah peristiwah turun surah Abasa. Nabi sebok melayan pembesar@ Quraish hingga tak layan org yg buta. Nabi ditegur kerana ingatkan puak2 bangsawan ni lagi berbaloi dilayan. Padahal akhirnya nabi yg terpaksa berhijrah keluar. Mereka hanya mengalah bila depa dah tersungkor dan nabi pulak jadi pemimpin besar. Pas sekarang pun bukan kuat sangat. Baik kuatkan dulu kerjasam pakatan. Dah kuat nanti barulah kita tarik akar umbi umno,

    ReplyDelete
  2. Salam.....

    Saya sangat setuju dengan pandangan anda. Kita serupa.

    ReplyDelete