Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata ugutan pemaju untuk menghantar jentolak ke kampung itu sebelum 2 Ogos depan bagi mengusir penduduk dan merobohkan rumah mereka adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan membangkitkan kemarahan.
"Ia tidak betul untuk memarakkan rasa takut di kalangan penduduk kampung dengan mengingatkan mereka supaya berpindah sebelum 2 Ogos apabila tempoh ehsan selama sebulan yang diberikan oleh pemaju tamat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya tempoh ehsan sebulan itu dirundingkan oleh kerajaan negeri dengan pemaju bagi mencari penyelesaian kepada masalah pengambilan tanah di kampung tersebut dan bukan secara paksaan.
"Saya ingin mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri tidak ada kena mengena dengan perpindahan itu atau perintah Mahkamah Persekutuan dan membawa jentolak untuk merobohkan rumah di situ," katanya.
Lim berkata kerajaan negeri juga tidak akan mengambil sesen pun daripada apa yang dikatakan bayaran ehsan daripada pemaju kecuali penduduk bersetuju kepada pampasan itu.
Hari ini dilaporkan bahawa pengarah syarikat, Thomas Chan berkata bahawa mereka sedang mengusahakan bayaran ehsan dengan kerajaan negeri di mana kerajaan negeri boleh memilih untuk berurusan dengan penduduk terbabit.
Pada 24 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengarahkan penduduk di kampung itu supaya berpindah.
Dalam kenyataan berasingan, Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata keputusan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang adalah kerana mereka tidak mendapat hormat langsung dari kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.
Katanya DAP Kedah tidak pernah memohon sebarang gelaran atau gelaran Datuk tetapi tidak puas hati dengan layanan yang diberi oleh PAS kepada DAP di Kedah.
Katanya keputusan DAP Kedah itu adalah perkara serius dengan menimbulkan kesan rumit di peringkat kebangsaan.
"Secara peribadi, saya biasa menentang langkah seperti itu khususnya apabila berdasarkan isu tunggal dan jika masih ada ruang untuk menangani dan memperbetulkan keadaan.
"Tetapi keadaan situasi yang mendesak dan keruntuhan kepercayaan antara DAP Kedah dan Menteri Besar, yang juga dari Pas, maka mewajarkan mesyuarat jawatankuasa eksekutif menerima atau membantah tindakan keluar itu," katanya.
SUMBER : www.bloglist-politik.blogspot.com
ULASAN : Sesiapa juga yang cuba membaca atau mentafsirkan isu babi di Kedah dari sudut perkauman atau bangsa. maka itulah contoh spesis manusia yang memiliki minda setaraf minda kandang tidak kira sama ada individu itu Melayu, Cina, India atau yang lain lain.
Keindahan sesebuah rumah dilihat pada keseluruhan susun atur rumah tersebut. Bukan hanya dilihat pada jendelanya sahaja atau dindingnya sahaja. Begitu juga dalam hal pemerintahan. Lihatlah secara keseluruhan dan jangan hanya dilihat part by part sahaja.
Jika dilihat part by part, maka gagallah DAP di Penang atas isu Kg Buah Pala. Pendek kata, janganlah dilihat isu babi ini sebagai kegagalan keseluruhan kerajaan Kedah yang dipimpin oleh PAS.
Ingat !! Jangan miliki minda kandang.
No comments:
Post a Comment