Friday, July 3, 2009

BERAMBUSLAH KALAU DAH NAK BERAMBUS SANGAT



Wakil rakyat tunggal DAP di Kedah Lee Guan Aik hari ini mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaan PAS Kedah.

Sebagai ADUN bebas dan berkecuali, katanya, beliau juga tidak akan menyokong BN tetapi sebaliknya hanya menyokong pihak yang benar sahaja.

Lee, ADUN Kota Darul Aman itu, memberitahu Bernama, pendirian DAP negeri untuk keluar dari pakatan pembangkang Kedah telah dimaklumkan kepada DAP pusat menerusi sepucuk surat dua hari lepas.

"Bagaimanapun, kita tidak menghantar surat kepada Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak)," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya DAP negeri sedang menunggu jawapan balas dari DAP pusat mengenai keputusan mereka berundur dari Pakatan Rakyat di negeri tersebut.

Lee berkata berkata kerajaan negeri pimpinan PAS mungkin tidak sedar bahawa DAP telah memainkan peranan untuk memancing undi kaum Cina menyokong Pakatan Rakyat termasuk memberi undi kepada PAS dalam pilihanraya umum lepas.

"Kita kesal dengan layanan yang diberikan kepada DAP kerana saya telah naik turun berjumpa menteri besar untuk meminta agar Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) menangguh operasi meroboh pusat penyembelihan babi itu sementara menunggu keputusan kerajaan negeri meluluskan tapak pusat yang baru", katanya.

Rabu lalu, DAP Kedah membuat kejutan apabila mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang negeri itu kerana tidak yakin dengan keadilan kerajaan negeri dalam mentadbir negeri.

Tindakan itu berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menangani isu merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya dekat sini.

Pengerusi DAP negeri Thomas Su berkata selain Lee yang akan bertindak seperti ADUN bebas, tiga ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan 43 ketua komuniti dari DAP negeri ini juga akan meletak jawatan jika DAP pusat bersetuju dengan keputusan mereka.

SUMBER : www.malaysiakini.com


ULASAN : Keluarlah kalau dah nak keluar sangat. Jangan cakap besar sangat. Tak semua orang Cina sokong PAS kerana DAP. Begitu juga tak semua orang Melayu sokong DAP kerana PAS. Jangan bongkak dan jangan takabbur sangat wahai DAP Kedah.

No comments:

Post a Comment