Thursday, July 2, 2009

LIM KIT SIANG TEMPELAK UMNO YANG MASIH TERHEGEH HEGEH DENGAN IDEA KERAJAAN PERPADUAN





Penasihat DAP, Lim Kit Siang membidas gesaan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak kepada PAS supaya menghidupkan semula cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan, kononnya demi kepentingan bangsa Melayu dan Islam.

Kit Siang menyifatkan gesaan itu bukan sahaja mencerminkan politik sempit tetapi condong kepada perpaduan satu kaum sahaja.

"Adakah beliau merestui jika perbincangan mengenai perpaduan antara kaum Cina diadakan oleh parti BN dan pihak lain... begitu juga jika perbincangan yang sama antara kaum India, Iban atau Kadazan?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor.

Bercakap kepada media di lobi Parlimen, tokoh DAP itu berkata gesaan Najib membelakangkan slogan "1Malaysia" yang dicanangnya sebagai komitmen pentadbiran beliau dalam memupuk perpaduan kalangan pelbagai kaum.

"Kita sepatutnya mengadakan perbincangan perpaduan rakyat Malaysia dan Pakatan Rakyat bersikap terbuka jika mahu diadakan perbincangan bersama bagi semua isu-isu demi kepentingan negara," tambahnya lagi.

Beliau juga melontar persoalan sama ada parti-parti komponen BN akan terus menerima konsep 1Malaysia dalam keadaan Umno begitu cenderung mahu menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan PAS.

Kit Siang mencabar pemimpin parti komponen BN membuat pendirian terbuka dengan kesungguhan Umno untuk menjalin kerjasama politik dengan PAS atas alasan memelihara kepentingan Melayu.

"Adakah Ong Tee Keat (Presiden MCA) dan Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) bersetuju bahawa perbincangan perpaduan Melayu tidak bercanggah dengan 1 Malaysia? Mengapa mereka membisu mengenai perkara ini?" soalnya lagi.

Najib terus memainkan isu Kerajaan Perpaduan sebagai modal politik untuk meraih sokongan pengundi Melayu yang semakin pudar terhadap Umno. PAS telah pun secara rasmi menolak perlawaan itu dan menyatakan komitmen penuh untuk memperkasakan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif yang berwibawa bagi menggantikan BN.

Dalam satu kenyataan bersama Isnin lalu, ketiga-tiga pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP menolak cadangan Kerajaan Perpaduan sebagai fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan yang semakin mendapat dokongan rakyat.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.



ULASAN : Uncle Lim, babi yang di Kedah tu pun Uncle Lim kena tengok juga. Babi yang kaki empat tu pun bahaya juga sebab mana tahu takut takut dah ada yang kena selesema.

Tapi Uncle Lim, babi yang kaki dia lagi bahaya, dia boleh jatuhkan kerajaan Pakatan di Kedah. Harap sangat Uncle Lim boleh sembelih babi yang kaki dua tu.

No comments:

Post a Comment