Thursday, July 2, 2009

REAKSI UST AZIZAN ATAS PENGKHIANATAN DAP KEDAH




"Saya tak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan apatahlagi itu keperluan mereka,tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan.Saya layan dan beri kerjasama. Saya telah meminta mereka mencari tampat baru dulu tapi mereka bohong, selepas sebulan tiada apa-apa dan sekarang (bila dirobohkan PBT) mereka hendak keluar (dari PR Kedah)...keluarlah kalau DAP Kedah lebih berkuasa dari DAP Pusat.

"Saya serahkan kepada PAS Pusat dan pimpinan Pakatan Rakyat peringkat Pusat untuk menilai dan menentukan isu ini.Apa yang saya kesal mereka ini main politik apa.....seolah-olah mahu kembalikan kerajaan Kedah kepada depa (BN)..... "

"Dulu semasa berbincang mengenai Kerajaan Perpaduan dengan Umno mereka kacau, sekarang pun
kita sepakat dalam Pakatan Rakyat pun depa (mereka) kacau", katanya.



ULASAN : DAP dan PKR amat mencurigai PAS tetapi yang menghancurkan kerajaan Pakatan di Perak adalah DAP dan PKR. Yang nyaris nyaris "melelong" kerajaan Pakatan di Kedah suatu ketika dulu juga adalah DAP dan PKR.

Sekarang buat hal lagi. Apa yang pasti, bukan PAS yang buat hal.


Jangan berpolitik jika perut anda tidak pernah kenyang. Jangan berpolitik jika anda masih gagal membuang jauh semangat perkauman yang bersarang di hati dan pemikiran anda. Jangan berpolitik jika anda gagal untuk menerima pandangan dan cadangan pihak lain.


Namun, yang paling penting ialah jangan berpolitik jika politik anda adalah politik babi.

1 comment:

  1. Siapa bohong rakyat Kedah........DAP atau PAS???

    Gerakan Gesa MB Kedah Siasat Dakwaan Kuil Dan Tokong Akan Diroboh


    ALOR SETAR, 6 Julai (Bernama) -- Pemuda Gerakan Kedah menggesa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan sebuah badan bebas bagi menyiasat dakwaan DAP kononnya kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina di negeri itu.

    Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang berkata Azizan harus mengambil langkah segera untuk menyiasat dakwaan itu yang dianggap sangat serius dan hasil siasatan itu haruslah diumumkan.

    Baru-baru ini, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su mengulangi dakwaannya yang beliau mempunyai maklumat mengenai keputusan kerajaan negeri untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina setelah Azizan mengatakan bahawa sebagai Menteri Besar beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai keputusan itu.

    Tan berkata Menteri Besar sepatutnya mengambil serius perkara itu dan bukannya menuduh DAP sengaja menimbulkan kebencian pelbagai kaum apabila membangkitkan isu itu.

    -- BERNAMA

    ReplyDelete