Mereka ini selalu syok sendiri dan megah, kemudian menyangka kalau berdebat dengan Umno, Pas mesti menang dan mulut Umno pasti terkunci.
Orang seperti ini selalu anggap buah kita saja yang boleh kena, buah orang kita tak tahu. Saya nampak, ini adalah ekoran secara tersembunyi, kejayaan Umno dalam isu kerajaan perpaduan (UG).
Umno dah nampak Pas tutup pintu, tapi Pas tak sedar tutup pintu boleh ditebuk semula. Maka tanpa sedar, pemuda membuka ruang lagi kemudian disokong yang lain supaya berdebat.
Pada hal apa saja bentuk bertemu dengan Umno, debat, muzakarah dan lain-lainlah…lah…lah…lagi, yang pasti, dalam pertemuan itu, Umno pasti membangkitkan soal itu. Dan, Pas yang cuba mempertahan prinsip Pas kononnya, akan berhujah.
Di sinilah Pas akan terjebak kerana sedikit sebanyak Pas akan bercakap soal UG ini, sama ada setuju atau tidak. Ruang ini akan terbuka untuk direnung dan diperkata oleh Umno.
Nasruddin Tantawi tak baca soal ini. Anak muda yang baru julung berkeris, nampak gagah, tapi jangan lupa Khairi juga hebat.
Tengok debat dengan Husam dulu, macam mana dia tidak takut memanipulasi hal-hal sebenar. Jangan lupa, bukan Nasruddin Tantawi saja yang mengaji, Khairi juga mengaji. Tipu muslihat dalam baik, orang tak nampak. Hati-hati.
Yang masih galak nak muzakarah, debat buat apa?
Satu segi, sekarang Umno yang menang. Kita terhegeh-hegeh jumpa dan beri surat ajak mereka. Siapa yang hemoi?
Ini adalah perancangan halus merebahkan Pas dalam taktik. Depa (mereka) tunjuk suka kemudian depa (mereka) kepak (kenakan) Pas.
Pas kena mengaji dunia sama walau pun akhirat itu penting.
Azizi Abdullah
SUMBER : www.bongkarsauh.blogspot.com
No comments:
Post a Comment