Wednesday, July 8, 2009

NG SUEE LIM SAHUT CABARAN WAK TEMPE



Aku asalnya tak nak ulas perihal rumah Wak Tempe nih. Aku went through satu persatu artikel yang dutulis tentang istana mamat nih. Minat aku untuk buat ulasan tetap tak timbul timbul.

Tapi, segala galanya berubah apabila aku baca
artikel yangh kat bawah nih dalam harakahdaily.net. Aku pastekan artikel tu kat bawah nih.

Minat aku timbul bukan kerana terpegun dengan harga istana tu tapi teruja dengan kesanggupan Ng Sue Lim sahut cabaran.

Aku nak sangat tengok buah buah silat Wak Tempe nih lepas nih. Wak Tempe buka gelanggang. Ng Sue Lim dah bagi bunga. Sekarang giliran Wak Tempe hulurkan buahnya. Sama sama kita nantikan.....


Nih artikelnya.....


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim Selasa menyahut cabaran bekas menteri besar Selangor Dato' Seri Dr Muhamad Khir Toyo untuk menjadi ejen hartanah bagi menjual rumah agam yang didakwa bernilai RM24 juta di Seksyen 7 di sini dengan komisyen 50 peratus.

"Hari ini, saya secara rasmi menerima tawaran untuk menjadi broker beliau. Berikan saya surat tawaran terbuka (untuk menjadi ejen), surat pemberian kuasa dan kunci-kunci rumah. Saya akan jual rumah itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini, seperti dilaporkan Bernama.

Ng mendakwa beliau sudah mempunyai empat pembeli berpotensi yang sanggup untuk membayar lebih daripada RM8 juta bagi rumah agam berkonsepkan Bali, yang menunjukkan tawaran sedemikian membuktikan bahawa ia bernilai lebih daripada RM3.5juta memandangkan para pembeli menawarkan sekali ganda jumlah tanpa melihat rumah agam itu.

Semalam, Dr Khir yang juga Adun Sungai Panjang menafikan bahawa rumah itu dan dua lot tanah seluas 0.5hektar itu berharga RM24 juta tetapi beliau membeli tanah itu termasuk banglo yang terletak di salah satu daripada tanah yang diperoleh melalui pinjaman dengan tempoh bayaran balik selama 30 tahun dengan bank HSBC tiga tahun lalu.

Beliau juga mencabar Ng untuk menjadi ejen hartanah dan menjual rumah agam dengan harga RM24 juta dan akan memberikan Ng komisyen 50 peratus.

Dr Khir dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini bahawa beliau bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ng atas dakwaan itu.

1 comment:

  1. maaf la brader...silarujuk kat blog wak tempe..untuk mengetahui cara pembayaran dan siapa menilai hartanah tersebut..

    Ng Sue Lim memang dasat,sampai tanah pegangan bebas, kekal pun tak tahu beza dengan tanah ada sekatan...hehehe

    www.drkhir.com

    ReplyDelete