Tuesday, July 7, 2009

SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATIMU WAHAI MURSYID AL-'AM




Aku tak tahu kenapa ada di kalangan kita yang begitu sukar untuk menghargai beliau. Maksud aku, orang UMNOlah. Orang UMNO Kelantan mungkin lain sikit daripada orang UMNO negeri lain.

Pada aku, tidak ada perkara yang keluar daripada mulut beliau melainkan nasihat dan peringatan yang mendorong kita ke arah kebaikan. Setakat yang aku tahu, takde yang lain daripada itu. Salahkah beliau?

Di kalangan kita pun ramai yang suka sebut "apsallah TG Hj Nik Aziz suka sangat luahkan pandangan secara terbuka kepada media". Ada juga yang sebut "kenapa TG Hj Nik Aziz tak mahu gunakan saluran parti".

Sahabat sekalian, kita baru mengenal jemaah ini. Bukan soal kita sertai jemaah ini selepas tahun 1999 atau sebelum tahun 1999. Soalnya sejauh manakah kita memahami perjalanan jemaah ini. Soalnya sejauh manakah kita mampu menyelami ruh perjuangan yang disemai oleh jemaah ini.

Dari manakah kita akan perolehi benteng pertahanan untuk kita pertahankan jemaah ini jika bukan daripada pengalaman orang lama seperti beliau? Memang benar terdapat ramai lagi orang lama selain daripada beliau. namun, apa guna sekiranya gelaran "orang lama" itu hanya ditempelkan kepada kita hanya sanya kerana kita berpuluh tahun di dalam jemaah dan bukan kerana berpuluh tahun berjuang dalam jemaah.

Berbezakan? Antara "berpuluh tahun di dalam jemaah" dan "berpuluh tahun berjuang di dalam jemaah".

Ramai di kalangan kita yang sukar ditegur kerana memegang title "orang lama". Jangankan yang berpuluh tahun itu, yang bersama PAS sebelum era 1999 juga memandang serong kepada generasi yang menyertai jemaah selepas era 1999. Kenapa terjadi begitu? Mudah. Kerana ego yang dijana oleh kemunafiqan yang kelam.

Berbalik kepada perihal TG Hj Nik Aziz tadi. Jika orang UMNO yang mencadangkan supaya TG Hj Nik Aziz menutup mulut kepada beberapa perkara, mungkin aku tidak terkilan kerana mereka itu musuh. Tetapi apabila ada di kalangan kita mencadangkan supaya TG Hj Nik Aziz menutup mulut supaya perpecahan dapat dielakkan di dalam PAS, itu kurang ajar namanya.

Jika ada yang berpandangan bahawa TG Hj Nik Aziz elok tumpukan sahaja kepada negeri Kelantan supaya bakal pengganti beliau nanti mampu menyambung segala perancangan yang telah beliau wariskan, itu kurang ajar namanya.

Jika ada yang berkata tugasan dan tanggungjawab sebagai Mursyid al-'Am itu elok diserahkan sedikit demi sedikit kepada Prof Dr Haron Din selaku Timbalan Mursyid al-'Am kerana TG Hj Nik Aziz telah lanjut usianya, ini juga kurang ajar namanya.

Jika ada yang beranggapan TG Hj Nik Aziz kurang selesa apabila ramai tokoh PAS daripada Kelantan kecundang ketika pemilihan di muktamar, itu juga kurang ajar.

Jika ada yang beranggapan bahawa TG Hj Nik Aziz menjadikan isu Kerajaan Perpaduan sebagai tempat untuk melepaskan geram kepada beberapa individu dalam PAS, itu juga kurang ajar.

Malah, sangat kurang ajar lagi apabila ada yang berkata "telinga TG Hj Nik Aziz pun dah tak berapa nak dengar kalau orang lain bercakap" !! Aku ulang sekali lagi, sangat kurang ajar !!

Aku secara peribadi rasa macam nak bagi penumbuk jer kepada orang orang yang berkata demikian.

Sahabat sekalian, hargailah beliau ketika beliau masih bersama kita. Jangan jadikan "pengalaman hitam" kita ketika era almarhum TG Hj Fadhil Noor dulu berulang lagi.

Berapa ramai di kalangan kita mencela almarhum TG Hj Fadhil Noor apabila almarhum berkongsi pentas dengan Mahathir di Dewan Bahasa dan Pustaka?

Berama ramai di kalangan kita yang mencela almarhum apabila almarhum berkunjung ke rumah Anwar ketika mana Anwar dipecat oleh Mahathir?

Berapa ramai di kalangan kita yang mencela almarhum apabila almarhum berpelukan dengan Lim Kit Siang?

Sekarang, almarhum TG Hj Fadhil Noor telah meninggalkan kita. Adakah kita yang mencela almarhum dulu sempat meminta maaf daripada almarhum? Atau kita telah melupakan segala celaan celaan itu tanpa kita sedari?

Ingat wahai sahabat. Allah swt boleh mengambil TG Hj Nik Aziz itu bila bila masa sahaja jika masanya sudah sampai. Jangan sampai kita tidak sempat memohon maaf dari beliau di atas celaan celaan itu.

Jangan jadikan kejahilan kita kelihatan seperti "ilmu ilmu penuh di dada" kerana itu munafik namanya. Janganlah juga menjadikan ilmu ilmu yang kita miliki itu sebagai "keegoan penuh di dada" kerana itu takabbur dan bongkak namanya.

Munafiq, takabbur dan bongkak itu akan menempatkan kita di dalam neraka.

Ingat wahai sahabat, hargai dan kenang TG Hj Nik Aziz ketika beliau masih bersama kita. Bukan ketika beliau sudah tiada.

No comments:

Post a Comment