Tidak kisahlah walau apa pun tajuk pilihan. Yang penting, jangan mempermainkan kami lagi. Jangan hanya diusrahkan bab wala' tetapi usrahkan juga bab tsiqah pimpinan.
Susah sangat ker nak faham kehendak ahli bawahan? Susah sangat ker nak faham pengkhianatan demi pengkhinatan yang UMNo lakukan sejak dahulu hingga sekarang? Susah sangat ker nak faham UMNO tu ibarat Yahudi Khuraizah di zaman Rasulullah saw dulu?
Atau adakah keegoan kerana berstatus pimpinan itu membuatkan anda menjadi pekak badak dan teruja dengan "pertemuan" demi "pertemuan"? Aatau adakah kerana anda berserban berjubah membuatkan anda buat buat pekak kepada nasihat dan pandangan kami yang berseluar jeans ini?
Atau adakah kerana dengan berstatuskan graduan al-Azhar itu membuatkan anda merasakan diri anda sangat "azhari" seperti mana "azhari"nya Syeikh Muhammad al-Ghazaly?
Ingat wahai "anda" yang saya maksudkan. Ulama juga melakukan kesilapan apatah lagi jika yang berada di sisi ulama itu adalah individu yang "perasan ulama" dan "perasan profesional".
Apa natijahnya jika "wacana ilmiah" ini berlaku? Adakah UMNO akan terbuka kepada Islam seperti mana terbuka masyarakat bukan Islam sekarang? Apa yang pasti, PAS tetap akan dipandang sebagai "mencurigakan" oleh rakan Pakatan.
Apa natijahnya jika "wacana ilmiah" ini tidak berlaku? Adakah UMNO akan mendapat kekuatan semula? Adakah Pemuda PAS akan kelihatan penakut dan pengecut? Sudah tentu tidak !!!
Sepatutnya Pemuda PAS mendahulukan "wacana ilmiah" dengan AMK PKR dan Pemuda DAP supaya kedua dua pihak ini memahami hala tuju perjuangan PAS lebih lebih lagi dalam keadaan Pakatan Rakyat agak kacau bilau ini. Bukannya memberikan panadol kepada UMNO yang sedang menggelupur itu.
Apa alasan? Atas dasar dakwah? Demi tujuan dakwah? Dakwahlah kepada jiran tetangga dahulu sebelum berdakwah ke kampung sebelah. Rasulullah saw berdakwah kepada masyarakat Makkah dahulu sebelum berdakwah kepada masyarakat Madinah.
Jadi, kenapa Pemuda UMNO yang menjadi pilihan sedangkan AMK PKR dan Pemuda DAP berada di depan mata? Adakah terpengaruh dengan "kejayaan" Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bertemu dengan Pemuda sebuah parti komponen BN suatu ketika dulu atau bagaimana?
Tanyalah kepada Pemuda PAS Wilayah Persekutuan tentang pertemuan mereka dengan Pemuda komponen BN dahulu. Apa faedah yang PAS dapat jika sekadar "bincang bincang"? Nampak berani atau kelihatan bodoh? Ibarat mencurahkan air ke daun keladi sahaja sebenarnya.
Jika ada yang berhujah bukankah debat yang dicadangkan oleh TG Hj Nik Aziz itu juga merupakan pertemuan dengan UMNO. Ya, betul, tetapi itu adalah pertemuan untuk mencari kebenaran dalam erti kata kebenaran wajib ditegakkan walau dimana sekali pun.
"Wacana ilmiah" atau apa sahaja namanya itu lebih kepada konsep "win and win situation" between Pemuda PAS dan Pemuda UMNO. Senaraikan huluran damai yang PAS pernah hulurkan kepada UMNO dan senaraikan juga keikhlasan UMNO kepada PAS sebelum dihulurkan lagi "damai" itu kepada UMNO.
Atau adakah anda menaruh rasa dendam dan marah kepada kami kami yang menempelak "pertemuan dalam gelap" yang cuba anda cahayakan suatu ketika dulu?
Akuilah dengan hati yang terbuka supaya neraka itu tidak menjadi tempat kita di akhirat nanti wahai "anda".
Ingat wahai "anda" yang saya maksudkan. Janganlah diberikan apa apa kemenangan kepada UMNO hatta kemenangan moral sekalipun !!!
Jangan sesekali ada "jiwa nasionalist" dalam diri anda walau sebesar kuman sekalipun !!!
Salam ..
ReplyDeleteAwas... jangan tulis lebih-lebih sangat, kang hina ulama muda pulak... silap-silap nanti kena saman lagi...