Tuesday, July 7, 2009

TG HJ NIK AZIZ IBARAT PANGLIMA PERANG YANG SUKAR SEKALI MEMISAHKAN DIRINYA DENGAN MEDAN PERJUANGAN




Aku amek gambar nih dari blog pinkturtle. Aku memang pengkagum TG Hj Nik Aziz sejak dulu lagi. Walaupun ada Ketua Pemuda Kawasan kata kami generasi yang masuk PAS secara rasmi selepas tahun 1999 gagal memahami perjuangan, tapi pada kami, hang sapa nak kata macam tu?

Sekurang kurangnya, tugasan yang jemaah bagi kepada kami, yang kebanyakannya di belakang tabir ini, berjaya kami siapkan. Kami tidak pernah memberikan alasan "tidak sempat", "tak dan", "sibuk" atau "ana kelam kabut".

Pada kami, jemaah didahulukan perjuangan diutamakan. Bukan macam sesetengah "pejuang" tu. Pujian didahulukan gaya diutamakan. Maaflah kalau kasar. Memang nak lepas geram pun. SMS mamat nih pagi tadi memang bikin aku panas.

Allah swt tak nak tengok saper isi borang dulu saper sisi borang kemudian. Yang Allah swt nak tengok adalah keikhlasan perjuangan dan istiqamah dengan cabaran. Jika "isi borang dulu" tu yang diambil kira, tentulah Nakhaie lebih mulia daripada hang.

Hang baru Ketua Pemuda Kawasan tapi Nakhaie dah jadi Naib Presiden dah dulu. Pun terlingkup juga. Apatah lagi hang yang kelam kabut sana sini tapi blog yang diamanahkan setahun lebih tak siap siap juga.

Janganlah dok kecoh kan punggong orang lain kalau punggong sendiri pun taik dok meleleh. Kurap pulak tu.

Kasar kan? Memang dengan hang nih kena berkasar dan kena kurang ajar. Saper hang untuk kata TG Hj Nik Aziz jika dibiarkan lebih lama akan menjadi liabiliti kepada PAS ??!!!!

1 comment:

  1. Susahnya nak cari manusia sehebat Tok Guru Nik Aziz dizaman ini, ketika ini, waktu ini bagaikan susahnya nak cari sebutir pasir yang jatuh ke laut luas.

    Bukan kami nak ampu, apatah lagi fanatik kepada beliau, tetapi itulah hakikatnya.

    Tok Guru Nik Aziz tidak akan buat sesuatu perkara sekiranya perkara yang nak dibuat itu akan merugikan Islam dan merugikan PAS.

    Tok Guru Presiden sendiri mengakui bahawa amat sukar untuk mencari pemimpin Ummah yang setanding Tok Guru Nik Aziz. Dan hormat Tok Guru Presiden kepada Tok Guru Nik Aziz amatlah tebal dan tinggi.

    Ulama memandang denngan suluh iman, kita memandang dengan desakan nafsu.

    Jadi jika ada pihak yang beranggapan bahawa Tok Guru Nik Aziz sudah mula menjadi beban kepada PAS, sesungguhnya orang itu ibarat seperti orang buta yang sedang mencari arah perjalanan di malam yang gelap gulita tanpa bertemankan tongkat dan tempat berpaut.

    www.pemudakemehe1.blogspot.com

    ReplyDelete