Tuesday, July 7, 2009

TOK GURU YANG KITA SANJUNGI



Sembang-sembang politik kian hangat di mana-mana tempat seperti di pejabat, kedai kopi, pasaraya dan lain-lain. Fenomena ini semakin menyerlah pasca Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008 yang mana Barisan Alternatif dan DAP memenangi banyak kerusi parlimen, sekaligus menafikan penguasaan majoriti dua per tiga BN di parlimen.

Ia suatu kejutan bukan sahaja kepada pimpinan PR tapi turut dirasai oleh pengundi.

Dalam kerjasama PR, Pas merupakan parti politik yang paling lama dan sarat dengan pengalaman menempuhi PRU. Oleh itu, Pas tidak terlepas daripada menjadi tumpuan para penganalisis politik dalam melihat pekembangan parti itu seterusnya merencana program mengurus kemenangan yang dikurnia Allah bersama -sama parti PKR dan DAP.

Dalam hal ini, tumpuan semestinya terarah secara jelas kepada kepimpinan Pas yang baru sahaja dipilih dalam muktamar di Shah Alam sebelum ini. Dari cakap-cakap kedai kopi, penulis dapat mengenalpasti beberapa topik seperti "Perbandingan Antara Dua Tokoh Tuan Guru". Dalam 'persidangan meja bulat' itu ada yang mengkritik dan menyokong kedua-dua Tok Guru dalam Pas ini.

Antara komen mereka Tok Guru Nik Aziz (TGNA) lebih bersikap lemah lembut berbanding Tok Guru Haji Hadi (TGHH). Seperti biasa apabila tajuk begini diutarakan ada yang pro dan kontra. SKritikan tentang perkara ini kian jelas apabila isu Unity Government memecah kehangatan politik tahan air beberapa minggu yang lalu.



Pada pendapat penulis, perbandingan antara TGNA dan TGHH ini tidak perlu diperbesarkan sehingga ada yang melontarkan kata-kata yang kurang elok kepada kedua-dua ulama' ini. Penuli s akan memberikan pandangan seperti di bawah:

1. Kedua-dua Tok Guru ini merupakan ulama' dalam Pas dan tanah air. Maka kita sebagai orang Islam perlu menghormatinya. Tambahan pula, mereka tidak membuat apa-apa kesalahan yang boleh menggadai prinsip perjuangan.

2. TGNA dan TGHH belajar dalam bidang agama tetapi dalam disiplin berlainan(walaupun disiplin berbeza tetapi asas akidah tetap sama). Maka cara pemikiran, pembentukan idea dan strategi antara mereka juga berbeza.

3. Kedua-dua Tok Guru kesayangan ummah ini telah lama mewakafkan diri mereka dalam perjuangan, mereka kenal siapa musuh dan kawan. Mereka tidak berani menukarkan kebenaran ayat-ayat Allah dengan kesenangan dunia(Dengan izin Allah).

Oleh itu, apa yang perlu dibandingkan lagi kerana perbezaan pendapat antara pemimpin dalam jemaah bukan kerana menegakkan kepentingan diri tetapi martabat agama yang diperjuangkan.

Bersama kita mencintai Islam.

4 comments:

  1. Tok Guru yang anda sanjung?
    Tok Guru yang sanggup memperalatkan agama Islam demi kepentingan parti dan peribadi?
    Tok Guru yang sanggup mengeluarkan fatwa-fatwa yang mengelirukan?
    Tok Guru yang memuliakan kafir harbi dan menghina saudara se Islam?
    Inikah Tok Guru yang PAS banggakan?
    Kesian...

    ReplyDelete
  2. SAY NO TO MUNAFIQEEN? Hummm menarik tajuk blog anda, tapi adakah anda kena siapa yang munafik sebenar-benarnya? PAS sebenar-benarnya munafik. Buktinya?

    PAS menolak perpaduan sesama saudara Se Islam tetapi sanggup berpeluk dengan DAP yang terang-terangan mahu menjahanamkan Islam.

    Pemimpin PAS sanggup mengeluarkan fatwa yang bertentangan Islam demi kepentingan parti dan peribadi.

    Pemimpin PAS merestui pengikutnya melakukan kerosakan di negara tempat tanah tumpah darah sendiri.

    Pemimpin PAS sanggup merampas hak Allah dengan menentukan syurga kepada ahli PAS dan neraka kepada ahli UMNO? Tak kisahlah ahli PAS tu beramal ibadat atau tak?

    Pemimpin PAS sanggup merampas hak Allah dengan menjamin pahala bagi ahli PAS yang memandang wajah Mursyidul Am mereka?

    Siapa yang munafiq sebenarnya. Tolonglah sedar... Allah SWT sahaja berhak menentukan ke mana kita samaada syurga atau neraka, bukan pemimpin PAS. Itu hak Allah. Allah juga berhak memberikan pahala kepada hambanya atas amal dan ibadat yang dilakukan, bukan pemimpin PAS. Itu hak Allah, jangan rampas hak Allah. Jangan jadi munafik wahai penyokong PAS. Anda dibutakan dengan kata-kata pemimpin anda.

    PAS menghalalkan fitnah, menghalalkan caci-maki dan cercaan.

    PAS mengatakan Allah juga mencarut.

    Tidakkah munfaik namanya itu? Memperalatkan Islam demi kepentingan politik?

    ReplyDelete
  3. Anda tidak faham apa yang disampaikan oleh TG sebab itu anda menuduh macam-macam. Sepertimana isu tuhan mencarut, isu pahala dan semuanya telah dicerahkan oleh TG. Cuma anda sahaja yang malas mencari.

    Jika anda berpendapat TG menyeleweng (baca:sesat) sudah tentulah TG akan menerima nasib yang sama seperti Ust. Asyaari(al-arqam) dan PAS akan dibatalkan pertubuhannya.

    Munafiq. Apa yang anda tahu tentang munafiq? Ada 3 ciri munafiq:

    1) Bila bercakap, dia berbohong
    2) Bila berjanji, tak ditepati
    3) Bila diberi kepercayaan, dia khianat.

    Mana ciri munafiq yang anda nyatakan di atas?

    Sedangkan UMNO lah yang lebih munafiq.

    Bila bercakap dia berbohong. Contoh, UMNO berkata UMNO tidak tolak Islam. Tapi dalam masa yang sama menolak hukum Allah, memberi lesen judi dan arak yang keterlaluan.

    UMNO kata UMNO sentiasa menegakkan syiar Islam, tapi dalam masa yang sama UMNO tidak mentarbiyahkan pemimpin mereka dan ahli mereka menutup aurat, menjauhi rasuah dan lain2.

    Bukankah ini munafiq?

    Akan bersambung...

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Terima kasih kepada yang memberikan komen sama ada komen bersifat lepas geram, menghentam ataupun komen yang bersifat perscanggahan ilmu.

    Pada ana, mudah sahaja. Islam itu lengkap. Sama ada u take it or u leave it.

    Takde Hadhari Hadhari tu. Kaldai tetap kaldai walaupun dipakaikan jubah dan serban.

    Lu fikirlah sendiri.

    ReplyDelete