Beliau cuba pula untuk mengumpan kerjasama Pakatan Rakyat dengan menawarkan ADUN mereka pelbagai jawatan namun usaha itu gagal.
Zambry melantik 4 ADUN daripada gagasan Pakatan itu sebagai ahli jawatankuasa kerajaan negeri Perak bersabit urusan Dewan Undangan Negeri.
Namun pemimpin UMNO itu sekali lagi membelakangkan perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri dalam menawarkan jawatan itu kepada empat adun berkenaan.
"Pakatan Rakyat menyoalkan secara rasmi tentang lantikan itu dibuat tidak sah, dan tidak sebarang asas undang-undang. Lantikan ini juga secara paksaan dan tidak sebarang setuju dari adun-adun keempat-empatnya", kata Nga Kor Ming.
Zambry melantik Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim bin Abdullah dari PAS ditawarkan sebagai Ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Negeri Perak. Manakala Adun Pokok Asam, Yee Sue Kai dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang , Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Tiow pula diberi jawatan Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Negeri Perak serta Adun Changkat Jong, Haji Mohd Anuar Sudin dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri perak.
Keempat- empat mereka menolak perlantikan itu kerana tidak ada sebaran usul bersabit perkara berkenaan dibentangkan pada sidang DUN 7 Mei lalu.
Malah sidang itu dipergunakan oleh UMNO untuk mengarahkan polis bertindak secara kekerasan untuk menyingkir speaker V.Sivakumar bagi membolehkan Zambry melantik calon sendiri untuk menggantikan Sivakumar.
Usaha terbaru Zambry membeli sokongan daripada adun Pakatan Rakyat hanya mencerminkan keadaan terdesak UMNO- BN Perak dalam berdepan dengan bantahan lantang rakyat yang mahu DUN dibubarkan supaya pilihanraya negeri diadakan semula.
SUMBER : www.loveperak.bnlogspot.com
No comments:
Post a Comment