Sunday, July 5, 2009

KIT SIANG AKAN JUMPA UST AZIZAN




Ketegangan yang timbul antara DAP Kedah dengan kepimpinan kerajaan negeri itu akan cuba diselesaikan di peringkat negeri.

Sehubungan itu, Penasihat parti berkenaan, Lim Kit Siang berkata beliau sendiri akan berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk membincangkan tentang perkara itu secepat mungkin.

"Saya akan berjumpa dengan menteri besar dan merangka (penyelesaian) untuk mengatasi masalah ini supaya kerajaan pakatan dapat diperkukuhkan.

"Kalau tak dapat selesai di peringkat negeri, seluruh Malaysia pun akan bertanya adakah pakatan boleh jadi pilihan yang kredibel," katanya dalam sidang media di sini Sabtu.

Katanya, selepas berbincang dengan DAP Kedah, beliau kini lebih memahami dan mendapati bahawa DAP negeri mempunyai alasan tersendiri untuk keluar dari pakatan pembangkang di negeri itu.

"Isu penutupan tempat penyembelihan babi itu cuma salah satu sebab. Selain itu mereka juga mendakwa pandangan atau pendapat DAP di Kedah tidak diambil kira...apa saja masalah yang dihadapi seeloknya diselesaikan di peringkat negeri," katanya.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan DAP Kedah untuk keluar dari Pakatan Pembangkang, Lim berkata "Sama ada saya setuju atau tidak, itu perkara lain".

Katanya, apa sahaja masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan baik kerana ia bukan hanya melibatkan DAP dan Pas sebaliknya semua parti dalam Pakatan.

Rabu lalu, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP negeri keluar dari Pakatan Pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu terutama tindakan merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini.

SUMBER : www.pemudacheh.blogspot.com

ULASAN : Yang bengong nih Thomas Su sekor jer. Kelam kabut macam babi gak. Agaknya babi dah sebati dengan Thomas Su. Kalau nak tutup kelemahan tak reti mentadbir, janganlah menembak orang sana sini. Macam takde maruah jer Thomas Su nih. Memang layak pun dapat publisiti murahan macam tu.

1 comment:

  1. Siapa yang bohong rakyat Kedah.......DAP atau Azizan dari PAS?

    Gerakan Gesa MB Kedah Siasat Dakwaan Kuil Dan Tokong Akan Diroboh


    ALOR SETAR, 6 Julai (Bernama) -- Pemuda Gerakan Kedah menggesa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan sebuah badan bebas bagi menyiasat dakwaan DAP kononnya kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina di negeri itu.

    Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang berkata Azizan harus mengambil langkah segera untuk menyiasat dakwaan itu yang dianggap sangat serius dan hasil siasatan itu haruslah diumumkan.

    Baru-baru ini, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su mengulangi dakwaannya yang beliau mempunyai maklumat mengenai keputusan kerajaan negeri untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina setelah Azizan mengatakan bahawa sebagai Menteri Besar beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai keputusan itu.

    Tan berkata Menteri Besar sepatutnya mengambil serius perkara itu dan bukannya menuduh DAP sengaja menimbulkan kebencian pelbagai kaum apabila membangkitkan isu itu.

    -- BERNAMA

    ReplyDelete