Sunday, July 5, 2009

KENYATAAN YB ZULKIFLI NORDIN BERKAITAN KEBENGONGAN THOMAS SU




KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN
KULIM BANDAR BHARU

Saya merujuk kenyataan YB Lim Guan Aik, ADUN (DAP) Kota Darul Aman yang mengisytiharkan keluar daripada Pakatan Rakyat dan menjadi ADUN Bebas.

Ternyata beliau dan pimpinan DAP mempamerkan sikap chauvinistik dan keangkuhan yang melampau, sikap yang menyebabkan BN ditolak oleh rakyat.


Saya hairan mengapa YB Lim Guan Aik & Sdr Thomas Su (selaku Pengerusi DAP Negari kedah) tidak boleh mempamerkan sikap tolak ansur dan kompromi yang sihat saperti YB Dato Ngeh Koh Ham (Pengerusi DAP Perak/YB Bruas) atau YB Nga Kor Ming (YB Taiping).


Saya mengingatkan YB Lim Guan Aik bahawa beliau dipilih oleh rakyat atas dasar Pakatan Rakyat dan bukan atas kapasiti sebagai wakil DAP.


Oleh itu beliau sepatutnya mengambil jalan yang terhormat dengan mengosongkan kerusi DUN Kota Darul Aman supaya boleh diadakan satu pilihanraya kecil.


Saya mencabar YB Lim Guan Aik dan pimpinan DAP supaya bersikap secara bermaruah dan membenarkan rakyat menentukan samada mereka mahukan DAP ataupun Pakatan Rakyat.


Kotakan kata-kata anda. Bubarkan DUN Kota Darul Aman segera!


Zulkifli Bin Noordin
Sabtu

10 Rejab 1430/ 04 Jun 2009

No comments:

Post a Comment