Sunday, August 16, 2009

BUKAN ISLAM AKAN DIBERI PELUANG MENJADI CALON PAS DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG



PAS akan memberi peluang kepada ahli Kelab Penyokong PAS untuk menjadi calon dalam pilihanraya umum yang akan datang. Selain itu, ahli kelab Penyokong PAS juga akan diizinkan untuk menggunakan lambang bulan sebagai simbol mewakili mereka.

Pendek kata, hak ahli Kelab Penyokong PAS dari sudut politiknya telah sama dengan hak politik ahli PAS.

Aku menyokong penuh cadangan ini sebenarnya kerana ahli Kelab Penyokong PAS telah lama bersama sama dengan PAS. Walaupun mereka bukan Islam tetapi mereka berkorban sama seperti mana orang Islam berkorban.

Mereka berjuang dan berjihad sama seperti mana ahli PAS berjuang dan berjihad. Tidak ada bezanya di antara ahli PAS dan ahli Kelab Penyokong PAS kecuali pada aqidahnya sahaja.

Dalam keadaan tertentu, kita ahli PAS patut malu dengan ahli Kelab Penyokong PAS terutamanya yang berbangsa India. Mereka tidak kisah untuk memakai baju PAS ke pasar pagi atau ke pasar malam sedangkan kita hanya "berani" p[akai baju PAS untuk ke program PAS sahaja.

BUkan soal baju itu yang perlu diberikan perhatian tetapi soal kesungguhan dan syiar itu yang perlu dicontohi.

Jangan sampai suatu hari nanti, kita ahli PAS hanya sekadar menjadi ahli dan aktivis PAS sahaja tetapi mereka ahli Kelab Penyokong PAS berjaya menjadi kader-kadernya.

Inilah matlamat dakwah yang sepatutnya diberikan perhatian serius oleh pimpinan PAS. Kita bawa mereka kepada Islam. Kita kenalkan mereka dengan Islam. Kita tunjukkan kepada mereka bagaimana Islam memimpin.

Tanggungjawab kita adalah dakwah. Hidayah itu milik Allah swt. Maknanya, kita beri didikan Islam kepada saudara saudara kita ini. Soal sama ada mereka memeluk Islam atau tidak, itu urusan hidayah. Hidayah adalah urusan Allah swt.

Tunjukkan betapa terbukanya Islam tentang hak hak kemanusiaan walaupun berbeza agama dan aqidah. Tunjukkan keadilan islam walaupun kepada bukan Islam.

InsyaAllah, akan ada cahaya di hujung terowong.

4 comments:

  1. Sekali bile kita dah buka peluang kepada bangsa lain, belum tentu mereka akan termakan budi ngan kita.. Pikir22 Balik la Pak Lebai BLOG.. Aku sayangkan PAS.. Jangan sampai tergolok gadai kat bangsa lain.. elok22 nama PAS= "Parti Islam SeMalaysia" nnt diorg jadi pemimpin terus tukar nama PAS="Parti Sami SeMalaysia" plak...

    ReplyDelete
  2. Salam....

    Ana rasa anta masih keliru antara Melayu dan Islam.

    Bukannya di buka ruang seluas luasnya. PAS ada kaedah dan caranya untuk mempastikan segala yang termaktub dalam perlembagaan PAS.

    Anta faham apa erti ahli bersekutu? Anta pernah baca perlembagaan PAS?

    ReplyDelete
  3. ANA SETUJU DGN CDGN INI, SEJARAH TELAH MENUNJUKKAN BAHAWA TERDAPAT JUGA PEMIMPIN BUKAN ISLAM KETIKA ZAMAN NABI DAN PARA SAHABAT, YG PENTING KETUA TERTINGGI ADALAH ORG2 ISLAM, DAN PERLAKSANAANNYA JUGA BERPANDUKAN ISLAM...PAS BUKAN PARTI UTK ORG MELAYU ISLAM, TAPI PAS UTK ORG2 YG MENYOKONG ISLAM SBG AD-DIN..

    ReplyDelete
  4. Hanya orang yang "emotional" dan asobiyyah jer yang kurang senang dengan idea tu.

    ReplyDelete