Saturday, August 15, 2009

H1N1 - KENAPA SUKAR SANGAT UNTUK KERAJAAN LAKI BINI MAKLUMKAN KAWASAN KAWASAN "PANAS" H1N1



Aku memang tak faham bila Muhyiddin kata "kita akan bincang" apabila desakan desakan yang mahukan kerajaan laki bini mengumumkan kepada orang ramai di manakah kawasan kawasan "panas" H1N1 semakin memuncak.

Kenapa kelihatan seperti cuba merahsiakan sesuatu? Apa yang mahu disembunyikan? Apa yang mahu dibincangkan lagi?

Cuba menyembunyikan sesuatu atau kerajaan laki bini belum mengenalpasti di manakah kawasan kawasan "panas" tersebut?


Nyawa rakyat bukanlah sesuatu yang boleh diperjudikan walau dalam apa jua keadaan. Malangnya, kerajaan laki bini masih belum mengambil langkah yang tuntas bagi menangani penularan H1N1.


Jumlah kematian semakin meningkat sehinggakan Malaysia menjadi juara di ASEAN.

Malaysia yang dicanangkan sebagai "up to date" segala galanya ini rupa rupanya jauh lebih hamlau wal lahabau berbanding India dan Laos.


Janganlah diberikan alasan "tidak mahu rakyat panik" kerana rakyat Malaysia bukanlah sebodoh seperti yang disangkakan.

Sepatutnya penyebaran maklumat perlu lebih meluas dan terkini supaya rakyat dapat maklumat penuh tentang apa itu H1N1 dan rakyat tahu apa peranan yang wajib dimainkan oleh setiap keluarga. Bukannya merahsiakan itu dan ini atas alasan "tidak mahu rakyat panik".


Muhyiddin kata "tidak ada apa yang mahu disorokkan oleh kerajaan". Jika begitu, umumkan sahaja.


Woi Muhyiddin !!!


Memang hamlau tahap lahabau puak puak nih......

No comments:

Post a Comment