Monday, August 17, 2009

H1N1 - MENTERI KESIHATAN MENGAKUI KEBENARAN - MALAYSIA SUDAH DI TAHAP TENAT



Alhamdulillah, akhirnya Menteri Kesihatan yang dilantik oleh kerajaan laki bini mengakui bahawa penularan wabak H1N1 di Malaysia sudah di tahap tenat.

Tenat maksudnya kronik. Kronik maksudnya kritikal. Kalau diibaratkan dengan pesakit, Malaysia sudah nazak di ICU.

Apa yang menyedihkan adalah apa guna jika setakat "mengaku" bahawa Malaysia sudah di tahap tenat tetapi tidak ada apa apa pun, maksud aku, langlah langlah pencegahan yang bersifat tuntas dan agresif untuk mengurangkan "tenat" tersebut.

Is it enough untuk kerajaan laki bini membuat pengumuman itu dan ini sedangkan H1N1 meragut nyawa setiap hari? Adakah pengumuman demi pengumuman itu boleh menyelamatkan nyawa?

Dari satu sudut, boleh. Kita menghargai kempen "sendiri jaga" yang dilancarkan kerajaan laki bini di media elektronik.

Dari satu sudut yang lain, orang dewasa mungkin prihatin dengan pemakaian topeng dan sebagainya. Kanak kanak bagaimana? Remaja yang "tidak ambil pusing" dengan keadaan sekeliling bagaimana?

Pencegahan sebenarnya dan yang sepatutnya adalah pengwujudan pusat kuarantin khusus untuk rakyat yang dijangkiti H1N1 dan bukannya diarahkan mereka menguarantin diri sendiri di rumah masing masing.

Apakah faktor faktor yang menghalang darurat kesihatan diisytiharkan? Faktor ekonomikah? Faktor keselamatankah? Faktor politikkah? Atau faktor apa?

Apabila Menteri Kesihatan pun mengaku bahawa kita telah "tenat", maka layaklah darurat kesihatan diisytiharkan dengan mengenepikan segala faktor faktor itu kerana nyawa rakyat lebih utama dari segala galanya.

Bukankah 1MALAYSIA rakyat diutamakan?

Oleh itu, tunggu apa lagi? Melainkan Menteri Kesihatan kita itu memang benar benar bodoh piang dan kerajaan laki bini itu sememangnya zalim, kejam, buta dan tuli.

Woi Najib !!

Memang hamlau tahap lahabau puak puak nih.....

2 comments:

  1. Harap Liow tak isytihar Malaysia tenat je. Buat kerje tu.. Ambil langkah lebih efektif. Bekalkan mask utk rakyat ini.

    p/s: Jangan pula mereka menjadikan modal topeng untuk berkempen

    "Kalau nak mask, undi BN dalam PRK Pmtg Pasir"..

    ReplyDelete
  2. "kalau nak mask, undi BN dalam PRK Pmtg Pasir"

    Kejamlah adinda aku nih. Mana boleh kempen macam tu. Itu kelakar tahap kejam tu....

    Hehehehehe

    "kalau nak jambatan, undi BN di PRK Manek Urai"

    ReplyDelete