Friday, August 14, 2009

H1N1 - DAH 56 KORBAN - TAHNIAH BUAT NAJIB RAZAK DAN LIOW TIONG LAI YANG CUKUP LAHANAT




Hari nih sekali lagi Kementerian Kesihatan seperti sengaja melewat lewatkan pengumuman statistik terkini wabak H1N1 di negara ini.


Aku call Bilik Gerakan H1N1 di Kementerian Kesihatan Putrajaya untuk dapatkan statistik terkini. Petugas tersebut memberitahu jumlah korban terkini meningkat kepada 56 orang dan seramai 27 orang lagi berada di ICU.

Tak tahulah apa alasan untuk pihak Kementerian Kesihatan melewat lewatkan pengumuman situasi terkini wabak H1N1 di negara kita.

Namun, jika kita baca akhbar hari ini, contohnya Sinar Harian, kita akan terkedu sekejap, jadi bodoh sekejap. Bukan panik tapi "shutdown" sekejap.

Tahukah kita bahawa Malaysia mencatatkan jumlah kematian akibat H1N1 tertinggi di ASEAN setakat ini?

Dan tahukah kita bahawa Malaysia berada di tangga ke 9 dalam ranking jumlah kematian akibat H1N1 tertinggi seluruh dunia?

Lebih "membahagiakan" lagi apabila Najib si Perdana Menteri yang takut bini itu tidak memberikan sebarang respons kepada cadangan dan permintaan Pakatan Rakyat agar Sidang Parlimen Khas diadakan bagi membincangkan penularan wabak H1N1 ini.

Bertambah tambah lagi "kebahagiaan" kita apabila Muhyiddin si Timbalan Perdana Menteri yang hanya tahu berkokok itu meminta para pengetau memantau sendiri sekolah masing masing kerana katanya kerajaan laki bini tak mampu nak pantau 10 000 buah sekolah di seluruh negara. Muhyiddin juga kata student ramai sangat sampai 500 000 orang. Susah nak pantau. So, pengetua pantaulah sendiri. Pandai pandailah.

Mana hilang RM3.6 juta yang diluluskan untuk sediakan termometer dan topeng muka untuk students? Hari tu Wee Ka Siong si Timbalan Menteri Pelajarn dah umum, kan?

Bravo Kerajaan Malaysia !! Bravo pemimpin laki bini !! Bravo Liow Tiong Lai yang bangang tahap gaban !!

Tahniah kerana kejayaan ini sungguh indah.........

Woi Najib !! Kami pun berhak untuk hidup !! Bukan Rosmah Mansor sorang jer !!

Memang hamlau tahap lahabau puak puak nih.....

3 comments:

  1. apalah kau ni. masih islam lagi ke kau ni asyik melaknat orang islam di pagi jumaat ni.

    ReplyDelete
  2. inilah bahananya bila orang yang diamanah menjaga kesihatan negara tidak beramanah! malaysia boleh yang hampeh!

    ReplyDelete
  3. Salam....

    Hang buka tafsir al-Quran. Buka surah al-Lahab. Tengok terjemahan dan tafsir ayat (1) surah al-Lahab tu.

    "Celakalah kedua dua tangan Abu Lahab dan celakalah".

    Takkan hang nak kata "Apalah Allah swt nih. Kata celaka kat Abu Lahab dalam al-Quran. Tegurlah baik baik"?

    Sdra/Sdri ANON,

    Teguran dan nasihat itu ada tahap dan caranya.

    Ada kelompok kita kena tegur dengan pujuk. Menjadi suatu yang melampau jika kelompok "pujuk" ini kita tengking atau kita perangi.

    Ada kelompok kita kena tengking baru sedar. Menjadi suatu yang melampau jika kita perangi kelompok ini dan menjadi sesuatu yang sia sia jika kita pujuk kelompok ini.

    Ada kelompok kita kena pelempang baru akan sedar. Menjadi melampau jika kita perangi kelompok ini dan menjadi tidak bijak serta bodoh jika kita menggunakan pendekatan memujuk ke atas kelompok ini.

    Pendek cerita, ada kelompok kita kena maki hamun baru akan sedar. Ada kelompok kita kena perangi baru akan sedar.

    Dah 56 orang mati dan ramai lagi yang menunggu untuk mati sedangkan kerajaan laki bini masih dok kata "jangan panik, basuh tangan, tutup muka". Sedangkan penyelesaian yang tuntas masih belum kelihatan.

    Semuanya masih berada pada status "akan" - "akan umum", "akan bincang", "akan jumpa", "akan minta", "akan maklum" dan macam macam "akan" lagi. Tapi, penyelesaian haram takde pun.

    So, hang agak agak, apa pendekatan yang sesuai untuk guna terhadap kerajaan laki bini nih?

    Pada aku, secara peribadinya, anugerah LAHANAT tu adalah yang paling sesuai setakat nih.

    Masa masa depan, aku tak taulah. Boleh jadi anugerah dan gelaran tu akan berubah.

    Tapikan, untung aku bagi "lahanat". Kalau aku bagi "p***M**", macam mana? Tentu lebih berbisa lagi, kan?

    ReplyDelete