Friday, August 14, 2009

H1N1 - TAHNIAH - TENGKU MAHKOTA PAHANG TELAH MENJADI JURUCAKAP RAKYAT



Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar), mahu kerajaan mengkategorikan tahap ancaman Influenza A (H1N1) bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai bahaya wabak itu yang setakat ini sudah pun mengorbankan 51 orang.

Tengku Abdullah yang baru pulang dari London, dua hari lalu, menegaskan baginda terkejut kerana kes kematian akibat H1N1 semakin meningkat, tetapi tiada langkah lebih ketat diambil bagi mengekangnya, manakala kebanyakan rakyat seolah-olah menganggap ancaman wabak itu sebagai perkara biasa.

"Kerajaan perlu memaklumkan berapakah jumlah kematian akibat H1N1 yang boleh dikategorikan negara berada di tahap bahaya. Saya ingin tahu kita sekarang berada di tahap mana?

"Ini umpama bencana banjir yang biasanya kita kategorikan tahap bahaya sama ada pada tahap satu, dua atau tiga," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Semalam, tujuh lagi kematian akibat H1N1 dilaporkan menjadikan angka korban meningkat kepada 51 orang. Sebanyak 2,350 kes H1N1 pula disahkan sehingga kelmarin, tetapi angka terbaru kes itu tidak diumumkan semalam.

3 comments:

  1. Harap kerajaan dapat buat:

    - membatalkan segala aktiviti melibatkan orang ramai seperti sambutan merdeka dan sewaktu dengannya
    - menutup tempat yang menjadi ramai kunjungan orang seperti wayang (seperti mana langkah yang diambil oleh kerajaan india)
    - mewajibkan pemakaian topeng dengan membekalkan topeng untuk rakyat
    - jadikan akhbar khas untuk virus, berita semasa mengenai vaksin, dan keadaan virus diseluruh dunia sebagai akhbar sisipan.

    Namun, dalam sibuk2 rakyat terseksa dengan ancaman virus masih ada pemimpin itu makan di rumah Shah rukh khan sambil memuji2..ptuih.

    ReplyDelete
  2. MENTERI KESIHATAN SIBUK MINTAK ORG RAMAI JGN PANIK...GILA APA TAK PANIK?HARI2 ORG MATI, MAKIN RAMAI LAK TU...SATU KENYATAAN BANGANG DPD ORG YG BANGANG DUK DLM KERAJAAN BANGANG...BANGANG2 BELAKA...

    ReplyDelete
  3. Salam.....

    Kita mampu memberikan cadangan dan ada di antara cadangan kita itu sangat praktikal untuk dilaksanakan.

    Masalahnya, mahukah kerajaan laki bini itu mendengar?

    ReplyDelete