Thursday, August 20, 2009

ISU ADUN KOTA SIPUTEH - BUDAK UMNO BERMINDA KALDAI


Pagi tadi aku ada masuk blog penyokong UMNO - www.depa-kata.blogspot.com. Aku jumpa artikel bertajuk CERDIKKAH YB INI? dalam blog tu. Artikel ini asalnya adalah email yang dihantar oleh somebody kepada pemilik blog nih.

Pengirim email tersebut meluahkan rasa kecewa beliau tentang betapa tidak prihatinnya ADUN Kota Siputeh dalam soal kehadiran ke Sidang DUN Kedah.


Di bawah nih aku pastekan email tersebut :

Dikatakan bahawa seorang ADUN Kedah, Abu Hassan Shariff akan digugurkan kerama tidak hadir mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah dua kali berturut turut tanpa kebenaran speaker.

Kalau berita nih benar, amatlah malang bagi UMNO Kedah yang memang cukup malap sekarang. Dalam keadaan kalah, ada YB UMNO yang sangat tidak memahami kehendak pucuk pimpinan.

Kalau dah tak mahu berkhidmat, jangan tawar diri untuk bertanding dalam pilihanraya yang lalu.

Abu Hassan berkata, "bukan saya sengaja tak mahu hadir mesyuarat". Apa alasan pun, kita anggaplah beliau seorang YB yang bodoh kerana peraturan atau undang undang undang sudah ada. Kalau tak boleh hadir mesyuarat DUN, boleh minta cuti dari Speaker. Jangan menyusahkan parti dan rakyat yang terpaksa menghadapi pilihanraya kecil pula.

Apa kata Dato' Seri Mahadzir Khalid?

Ahli UMNO Prihatin


Apa yang aku nak komen bukanlah soal email tersebut dan bukan juga soal ketidakhadiran ADUN terbabit. Apa yang aku nak ulas adalah betapa dungu dan kaldainya seorang pemberi komen yang ketara sekali "minda kaldai" yang dimilikinya.

Aku sangat yakin dan amat yakin kaldai nih adalah budak budak UMNO.


Nih komen kaldai tu....

princess jiji said...

baru 2kali,ponteng sekolah lebih daripada 3kali baru kena buang..so bagi saja surat tunjuk sebab awat dia tak mai,then gantunglah dia..lebih baik daripada buat election lagi sekali.Bukan takut kalah tapi awat PR duk kalut sangat dalam isu ni?

mcm mana pulak dengan ADUN yang kat Selangor yang kena tahan ISA tu dulu??baru sekali kut no dia tak mai ataupun dia tak mai sebab speaker bagi!issshhh..peninglah...sebab orang dalam ISA pun boleh bertanding,so tak salahlah kut kalau tak mai!bijak no speaker orang PR ni memperlecehkan orang UMNO yang bodoh sombong mcm ni!



Hangpa baca dan nilai sendiri tahap dan taraf minda kaldai nih.


Nih pula komen aku tentang komen kaldai nih :

Hang kena pandai beza antara tak mai dengan ponteng. Hang kena pandai beza antara tak mai dengan izin dengan tak mai tanpa izin.

Hang kena pandai beza antara tak mai tapi bagitau awai awai dengan tak mai tapi bagitau lewat atau tak bagitau terus.

Kita laa nih zaman teknologi canggih. Bukannya zaman dulu dulu yang susah nak dapatkan alat telekomunikasi. Awat tak hubungi Setiausaha DUN atau Speaker? Speaker bukannya kejam sangat. Pasai apa tak calling calling Speaker?

Bukan soal 3 kali tak mai baru gantung atau 2 kali tak mai terus gugur. Soalnya, itu undang undang. Hangpa sendiri yang buat undang undang tu, kan?

Hang jangan nak anggap DUN tu macam sekolah pulak. Undang undang DUN dengan peraturan sekolah tak sama.

Lagipun, YB Kota Siputeh dah jadi ADUN lama dah. Bukan baru kelmarin. Takkan dia tak tau peruntukan undang undang DUN Kedah? Atau memang dia nih jenis ADUN yang tak tau apa apa. Masuk dewan nganga jer atau untuk gelak ketawa jer.

Lain kali, kalau nak beri komen, biarlah nampak berilmu sikit. Janganlah serlahkan sangat "minda kaldai" hang tu.


p/s : Begitulah lebih kurang komen aku dalam blog tu. Bunyinya lebih kurang macam tu. Takde yang kasar. Takde yang biadap. Takde yang kurang sopan.

Malangnya, pemilik blog yang penakut nak mampos tu tak siarkan komen aku tu sampai sekarang. Komen orang lain semuanya dia dah siarkan. Aku adalah orang nombor 2 bagi komen tapi tak siar siar lagi. Penakut nak mampos.

2 comments:

  1. memang puak2 nih minda kaldai dari pucuk pimpinan sampai la orang paling bawah.. pinjam kata-kata hang..

    memang hamlau tahap lahabau puak2 nih!!

    muhyiddin dah mgaku yg mereka ni sekular.. tak caye, bukak utusan hari nih..

    p/s: maaf bro.. atas beberapa sebab aku terpaksa 'anon'.. hehe

    ReplyDelete
  2. Takper, aku izinkan hang "pinjam" kata kata aku tu. Tak yah bayar balik. Anggap aku "milik negara"kan sahaja kata kata itu.

    Apsal lak ko jadi anak buluh betong nih? Tapi takper. Maafmu diterima ya akhi....

    ReplyDelete