Thursday, August 6, 2009

JAWAPAN AKU KEPADA NOH OMAR



UMNO Selangor hari ini mencabar Pas negeri agar mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Exconya, Ronnie Liu kerana menyalah guna kuasa dan mempersendakan hukum Islam dengan mengatakan bir bukan minuman keras.

ULASAN AKU : Ok, katakan kami bersetuju Ronnie Liu salah guna kuasa, dalam UMNO dan dalam kerajaan BN takde ker yang salah guna kuasa? Kenapa hangpa tak demo pun?

Kes ADUN Lenggeng, kes ADUN Kemasek, kes Abu Hasan Omar dulu, kes duit kira timbang kilo Mat Taib dulu. Semua tu kan salah guna kuasa juga tu. Apsal hangpa tak demo? Pasai sama spesis dengan hangpa kan?


Apa nak heran Ronnie Liu "hina" Islam? Dia kan bukan Islam? Menjadi tanggungjawab kita untuk bagi dia faham Islam.


Dalam UMNO tu, ramai yang mengaku Islam tapi hina Islam. Awat hang tak kecoh pun?


"Kalau semua kena potong tangan, saper nak tekan komputer" - pemimpin UMNO yang keluarkan kenyataan nih kan?


"Kalau rejam orang dengan batu, nanti takde pula batu nak buat jalan" - kenyataan nih pun pemimpin UMNO juga yang keluarkan kan?

Nyata sekali suatu penghinaan kepada Islam. Awat hang tak buat demo? Terang terangan puak puak hang yang mengaku Islam nih hina Islam !!


Rafidah kata dia Islam tapi aurat pun tak tutup. Bukankah itu menghina Islam kerana takde satu mazhab pun yang kata perempuan boleh buka aurat sesuka hati kecuali SIS yang hang dok jilat tu !!




Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar berkata, Pas juga dicabar berdemonstrasi demi menegakkan hukum Islam yang cuba diperlekehkan wakil rakyat DAP itu.

ULASAN AKU : Kenapa PAS yang dicabar untuk berdemonstrasi demi membela maruah Islam yang kononnya diperlekeh oleh DAP?

Kenapa tidak UMNO jer yang berdemonstrasi? Sebab hangpa tau perjuangan PAS adalah untuk tegakkan Islam dan perjuangan hangpa bukan untuk tegakkan Islam kan?


Beliau berkata, Pas sepatutnya tahu isu mana yang perlu diketengahkan jika benar apa yang diperjuangkan mereka adalah demi menegakkan syiar Islam.

ULASAN AKU : Sememangnya PAS tahu yang mana perlu diutamakan. PAS bukan macam hangpa yang yang telunjuk lurus kelingking berkait. PAS bukan macam UMNO yang sebut jer nak Islam tapi sebenarnya meminggir dan menenggelamkan Islam.


‘‘Mana Exco Pas dan hero Pemuda Pas? Kenapa dia tidak buat demonstrasi dalam isu ini? Yang mana lebih penting demonstrasi untuk hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau demonstrasi menegakkan hukum Islam dan memecat orang yang cuba mempersendakan Islam.

‘‘Jadi kita nak cabar kalau Pas betul-betul berjuang demi Islam, dia patut membuat demonstrasi menentang apa yang telah dilakukan Ronnie kerana ini isu baru. Bukannya membuat demonstrasi menentang ISA yang merupakan isu lapuk dan bermusim.

ULASAN AKU : Exco PAS dan Pemuda PAS masih di sini. Kami masih berdiri di sini. Kami akan terus berdiri di sini selagi Islam belum ditegakkan.

Kami dalam Pakatan punya mekanisme sendiri untuk merungkai masalah ini. Benar, Ronnie Liu sedikit terlanjur dalam tingkah lakunya tetapi itu adalah Ronnie Liu secara peribadi dan bukannya DAP secara keseluruhan.

Jika nak dikira memperlekehkan Islam, dalam UMNO tu pun ramai. Lagi memalukan sebab UMNO pun kata nak tegakkan Islam. Islam mana yang nak ditegakkan oleh UMNO kalau aurat pun tak tutup?

Bukan soal isu lama atau isu baru. Bukan soal isu lapok atau isu segar. Soalnya, kezaliman adalah kezaliman dan kekejaman wajib ditentang.

Wahai Noh Omar, hang sepatutnya fahami isu. Jangan cakap sedap mulut macam anjing belaan hangpa yang dok menyalak dalam PEWARIS tu.


‘‘Takkan nak biarkan saja rakan kongsi sebantal mereka yang tak faham hukum mengenai arak menjadi ulama dan memberi fatwa. Cukuplah Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bagi fatwa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bloggers Patriot - Misi Tawan Shah Alam dan Selangor di Bangunan UMNO Shah Alam di sini malam tadi.

ULASAN AKU : Kami tidak membiarkan beliau terus menerus bersikap begitu. Maka, atas alasan itulah Dr Hassan Ali melakukan desakan sedemikian.

Kenapa sekarang hang mengaku pula "fatwa Nik Aziz"? Bukankah ulama yang kami kasihi itu telah kalian hentam semahu-mahunya?


KESIMPULAN : Cukup cukuplah Noh. Rakyat Malaysia sudah muak dengan gelagat hangpa. Islam hangpa hanya di songkok dan sampin.

Jangan terus terusan buat kenyataan bodoh supaya generasi akan datang tak kencing kubur hangpa.

No comments:

Post a Comment