Saturday, August 15, 2009

KEMPEN TANDATANGAN "ANWAR PENGKHIANAT" TELAH DIKUBURKAN OLEH RAKYAT DI KUALA TERENGGANU




Orang ramai yang lalu lalang dihadapan bangunan UMNO berhampiran Jalan Batas Baru, tidak pun peduli kepada sebuah kanopi yang dipasang ditepi jalan itu.

Apatah lagi mahu ambil pusing, melihat ‘banner’ yang direntangkan pada kanopi itu atau mahu melihat apa yang berlaku dibawah kanopi.


Kelmarin, tinjauan Buletin Online mendapati hanya 3 orang sahaja yang ‘duduk’ bersembunyi dalam kanopi itu, tidak ada kempen, tidak ada risalah yang diedarkan kepada orang ramai.


Isu ‘Anwar Pengkhianat’ kali kedua baru-baru ini dicetuskan kembali oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyidin Yassin, yang juga pernah menjadi rakan karib dan sekutu Anwar ketika dalam Umno.

No comments:

Post a Comment