Saturday, August 15, 2009

KITA LEBIH BERSELERA BERCAKAP SOAL POLITIK BERBANDING H1N1 YANG TIDAK MENGENAL MANGSA



Sedih. Amat sedih. Media kerajaan laki bini mahupun media alternatif yang ada lebih berselera dan lebih bernafsu bersidang soal politik.

Blog blog goblok pro UMNO tu mampuih pi lah kat depa kalau depa nak cerita apa pun. Yang sedih tu, blog blog yang mengelarkan diri mereka sebagai "suara rakyat" pun sudah tidak menjadi "suara rakyat" lagi.

Hampir semuanya telah menjadi lidah politik. Kenapa begitu?

Adakah "politik" itu telah dianggap "hidangan" untuk menarik pembaca berkunjung ke blog anda supaya anda boleh berbangga pengunjung blog anda sudah menjangkau juta juta?

Atau adakah kerana anda inginkan puji pujian pimpinan kerana blog anda adalah blog yang paling banyak mempromote pimpinan pimpinan tertentu?

Atau adakah kerana anda ingin pembaca memuji dan memuja anda kerana anda berani "memaki" dan menghentam kerajaan laki bini?

Atau adakah kerana anda memerlukan pengunjung yang ramai ke blog anda supaya semua iklan itu mampu mendatangkan hasil ribu riban setiap bulan ke dalam tembolok anda?

"Saper calon", "Saper bakal menang", "Saper calon bebas", "BN begitu UMNO begini", "Hassan Ali vs Ronnie Liu", "Kes arak selesai", "Siapa pengkhianat" dan macam macam lagi tajuk yang anda wiridkan.

Perjuangan memang penting tetapi janganlah terlalu berpolitik. Kenalpastu keutamaan demi ummah ini. Nyawa rakyat saban hari melayang. Anda sedarkan tentang semua ini?

Malangnya, anda buat buat tak faham dan buat buat "tak apa". Adakah tugasan kita hanya "berteriak" tentang kebejatan UMNO? Atau tugasan kita yang sebenar adalah untuk "put back everything on the track again"?

Tepuk dada, tanya hati. Di manakah kita dalam memberika kesedaran kepada masyarakat tentang penulawan wabak H1N1.

Maaflah jika emotional tetapi aku rasa aku layak untuk beremotional dalam hal ini.

p/s : Tahniah dan semoga kehidupan anda diberkati oleh Allah swt kepada bloggers yang prihatin tentang wabak H1N1 ini terutamanya blog Cina Islam @ www.idhamlim.blogspot.com dan blog Manjung Mari @ www.manjongmari.blogspot.com

2 comments:

  1. Betul. Aku lebih prefer kalau media perdana/alternatif cerita pasal wabak ni. Terutama pasal vaksin.
    Walaupun macam tu, aku tetap kesal akibat kelembapan kerajaan kita ni. Sakit hati betul.

    Bab kawasan panas tu pun rasenye kalau dedah pun takda masalah ape pun...
    Paling sakit hati pasal kementerian yang lepas tangan hal2 mask tu..

    Tertanya-tanya: APA YANG KERAJAAN CUBA SEMBUNYIKAN?

    Namun, akhirnya, kita tak terdaya untuk berbuat apa2.

    ReplyDelete
  2. Aku dah dua tiga hari perasan kecenderungan bloggers nih. H1N1 tu macam takde apa apa pada depan. Sekadar huruf H, huruf N dan dua angka 1.

    Aku yakin dan sangat yakin serta terlalu yakin - ADA YANG KERAJAAN LAKI BINI CUBA SEMBUNYIKAN DARIPADA KITA.

    ReplyDelete