Tuesday, August 4, 2009

REMAJA DIPERALAT OLEH UNIT AMAL PULAU PINANG - BENARKAH?



Malaysiakini melaporkan seorang pemandu lori daripada Pulau Pinang mendakwa anaknya peralatkan oleh Unit Amal untuk menyertai Demon Bantah ISA pada 1 Ogos 2009 lalu.


Sudut Pertama - Jika benar remaja tersebut diperalatkan.

Jika apa yang didakwa oleh pemandu lori itu ada kebenarannya, maka Dewan Pemuda PAS Pusat wajib melakukan sesuatu bagi menjernihkan suasana dan seterusnya membersihkan nama Unit Amal.

Selain itu, tangan tangan jahat itu sama Azman atau Nurhalim mestilah disiasat supaya keterlanjuran sebegini dapat dielakkan di masa depan.

Harap sangat Ketua Pemuda PAS Pusat atau Pengarah Amal Pusat tidak membuat sidang akhbar dan hanya memaklumkan - "Siasatan telah dibuat dan kami telah menerima penjelasan daripada semua pihak. Sehubungan dengan itu, kami menganggap isu ini telah selesai dan tidak lagi dibangkitkan".


Sudut Kedua - Tidak benar bahawa remaja tersebut diperlalat.

Dewan Pemuda PAS Pusat wajib melayani keluarga remaja tersebut dengan penuh kasih sayang supaya punca masalah iaitu punca bagaimana dakwaan itu dikeluarkan dapat dikenal pasti.

Boleh jadi keluarga remaja itu hanyalah PAS ikut ikutan iaitu "ahli PAS" tetapi tidak pernah mengisi borang. Atau mungkin keluarga remaja itu adalah ahli PAS tetapi sekadar "ahli PAS" sahaja. Atau mungkin keluarga remaja itu adalah ahli PAS tetapi ada sedikit masalah dengan PAS setempat.

Selesaikan semua masalah yang berbangkit dan yang dibangkitkan dalam sessi ramah mesra itu.


Sudut Ketiga - Manipulasi UMNO menerusi YB Ariff Shah ADUN Seberang Jaya.

Tak perlu terkejut dan tak perlu layan kerana nilai haramjadah yang melekat pada batang tubuh UMNO tu memang akan dibawa sampai ke kubur.

No comments:

Post a Comment