Sunday, August 16, 2009

PERNIKAHAN MAMAT DAN MINAH CINTA TERLARANG




Akhirnya bernikah juga dua insan ini setelah sekian lama berdolak dalik. Secara peribadinya, aku bersyukur kerana mamat dan minah nih bernikah kerana secara tidak langsung "unsur" maksiat dapat dipadamkan dan mereka berdua telah "terselamat" daripada doasa dosa terus terusan menipu.

Walaupun ramai di kalangan rakan rakan aku yang seperti mencemuh pernikahan mamat dan minah nih, pada aku, kita berikan mereka peluang untuk membuktikan mereka bukan "penglipulara" yang mencari publisiti murahan bagi menaikkan semula nama yang sudah suam suam kuku itu.

Kepada yang "kecewa", anda sepatutnya bersyukur juga kerana anda juga "terselamat" daripada menjadi mangsa "cinta terlarang".

Hanya mamat "cinta terlarang" untuk minah "cinta terlarang". Lu fikirlah sendiri.......

p/s : Buat Akill Hayy, yang sudah tu sudahlah. Kembalilah seperti dulu. Kami merindui "Ust Akill Hayy" dan celotehnya. Kami tidak memerlukan "Akill Hayy dan Cafenya".

2 comments: