Monday, August 3, 2009

TABIK HORMAT UNTUK ANGGOTA UNIT AMAL - ANDA HEBAT








Tidak ada lain yang layak kami ucapkan kepada kalian melainkan semoga Allah swt kurniakan syurga kepada kalian.

Kalian berjaya menjadi tulang belakang jemaah ini walau dalam apa juga keadaan sekalipun.

Kalian berhujan dan berpanas demi aqidah yang kita sama sama imani. Kalian tidak pernah merungut mengenai penderitaan yang kalian terpaksa tanggung demi perjuangan ini.

Kalian tidak pernah meminta upah. Kalian tidak pernah putus asa melayan karenah kami ketika berdemonstrasi.

Kalian menjadikan diri kalian sebagai benteng demi menyelamatkan kami daripada menjadi mangsa belasahan polis sehinggakan kalian sanggup menjadikan diri kalian sebagai galang gantinya.

Wahai Unit Amal.....semoga Allah swt sentiasa bersama kalian. Semoga kalian dikurniakan hati yang suci bersih seperti salji dipergunungan.

Wahai Unit Amal.....semoga Allah swt mengurniakan kesihatan dan kehidupan yang dipenuhi keberkatan dah rahmat selayaknya kepada kalian.

Wahai Unit Amal.....istiqamahlah dalam melayari bahtera jihad ini.


Nota : Harap tidak ada lagi sahabat sahabat yang kata : "Apa fungsi Unit Amal? Hanya setakat jaga parking ceramah jer saper pun boleh".

Kita hanya tahu bercakap berdegar degar tetapi Unit Amal berjaya membuktikan merekalah pejuang di medan.

Sepatutnya kita tanya kepada diri kita sendiri : "Adakah aku benar benar telah berkorban untuk jemaah ini?"

No comments:

Post a Comment