Sunday, August 9, 2009

UMNO : SELAMAT MERATIB



Oleh
: Ust Zolkarnain Abidin al-Hafiz

Dengan isu arak di Selangor, para pemimpin Umno yang semakin ‘warak’ meratib di sana-sini. Pakatan Rakyat semakin rapuh, setahun lagi Pakatan pecah, tidur sebantal mimpi lain-lain, PR – Pakatan Rapuh, Pas boneka DAP dan macam-macam lagi.

Kalau disenarai ratib pemimpin Umno itu dan dijadikan koleksi, tentu sudah boleh menghasilkan album sepuluh lagu. Ratib itu pula bukan diratibkan oleh sebarangan orang, PM Najib pun turut terhinggut-hinggut meratibnya. Pendek kata, ratib orang yang ‘warak’ macam Najib biasanya menjadi.

Ratib-ratib tadi bukan baru, semenjak tertubuhnya Pakatan lagi sudah kedengaran. Ratib itu turut diulang dan kedengaran dalam semua pilihanraya kecil di semenanjung. Sepatutnya dengan ratib-ratib itu, Pas dan PKR tewas dalam semua pilihanraya kecil tadi.

Namun sehingga kini ratib pemimpin Umno itu hanya kekal sebagai ratib sahaja. Tidak kemana-mana pun.

Kalau Umno yakin Pakatan Rakyat semakin rapuh, goyah, lemah … atau apa sahaja, mengapa Umno tidak berani mendengar desakan rakyat Perak? Bubarkan DUN Perak. Bubarkan saja, inilah masa terbaik. Masa dimana Pakatan Rakyat dalam keadaan seperti yang pemimpin Umno ratibkan itu.

Hakikatnya, ratib itu sekadar untuk meredakan debaran jantung pemimpin Umno sendiri.

Kepada pemimpin Umno, selamat meratib.

No comments:

Post a Comment