Monday, August 10, 2009

BETAPA PRIHATINNYA PENGERUSI SPR TENTANG "H1N1"



Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menyeru pemilih yang dijangkiti virus selesema A (H1N1) supaya mematuhi nasihat doktor dengan tidak keluar mengundi pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, 25 Ogos ini.

"Kita akan katakan, mereka yang menghidap penyakit H1N1 janganlah datang (mengundi) juga. Dia hendaklah mengasingkan dirinya mengikut nasihat doktor," nasihat Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Jangan dia datang juga dengan semangat tinggi sangat hendak mengundi, sedangkan (arahan kuarantin) ini nasihat doktor.

"Dia kena mengasingkan dirinya, duduk di rumah atau tempat tertentu, (di) hospital dan sebagainya."


Nota : Permainan dan lakonan SPR sedang bermula demi menyelamatkan H1N1 -> Hishamuddin 1 Najib 1 = 1MALAYSIA

No comments:

Post a Comment