Monday, August 10, 2009

UTUSAN DIKANTOIKAN OLEH BERNAMA





Utusan Malaysia yang amat diketahui tahap penipuannya hari ini tekah dikantoikan oleh Bernama.

Utusan melaporkan lebih 1000 ekor beruk makyeh telah berhimpun di perkarangan PWTC bagi menyatakan sokongan kepada Mamat Muka Sembab tetapi Bernama pula melaporkan hanya sekitar 200 ekor sahaja yang hadir.

Agendaily pula melaporkan sekitar 300 ekor beruk makyeh hadir dalam perhimpunan haram tu.

Yang mana satu yang betul nih? Jauh beza tu beb.

Maknanya, apa yang di kalangan kita guraukan adalah sesuatu yang benar. Ada kawan kawan kita yang menyatakan bahawa Utusan Malaysia akan membuang beberapa angka "0" yang membentuk statistik jumlah hadirin di program Pakatan Rakyat.

Contohnya, jika yang hadir itu 10 000, maka Utusan Malaysia akan melaporkan hanya 1 000 orang sahaja yang hadir.

Begitu jugalah jika program itu adalah program UMNO/BN. Utusan Malaysia tanpa "kemaluan" akan menambahkan angka "0" ke dalam angka yang membentuk statistik hadirin.

Misalnya, dalam perhimpunan beruk makyeh menyokong Mamat Muka Sembab di PWTC, yang hadir hanya sekitar 200 ekor tetapi Utusan Malaysia melaporkan yang hadir itu melebihi 1 000 ekor.

Kan nyata penipuannya?

Namun, apalah yang nak dihairankan kerana jika tidak menipu, bukan Utusan Malaysia namanya.

No comments:

Post a Comment