Tuesday, August 11, 2009

CALON PAS PERMATANG PASIR - APA MASALAH DENGAN KITA NIH SEBENARNYA?



Aku muak dengan sikap sesetengah pihak yang melobi untuk meminta orang itu dan orang ini dicalonkan di Permatang Pasir.

Kenapa penyakit UMNO nih dah berjangkit ke dalam jemaah kita? Adakah PAS sudah berubah menjadi sebguah parti politik sepenuhnya?

Aatau adakah sistem tarbiyyah PAS hanya mendidik kita menjadi ahli parti dan bukan menjadi pejuang Islam?

Jika dulu, sesaper jadi calon pun kita sokong bersungguh sungguh. Kenapa sekarang nih ada lobi melobi? Kenapa timbul boikot memboikot jika individu yang dicalonkan itu bukan pilihan hati kita?

Buktinya, PRK Kuala Terengganu. Berapa ramai "pejuang" yang "boikot" dan "tidak mempedulikan" keperluan di Kuala Terengganu hanya sanya kerana Abg Mad tidak dicalonkan?

Tolonglah para sahabat sekalian. Kita adalah jemaah Islam dan bukan parti politik. Jauhkan dan buang jauh elemen "politik" daripada perjuangan kita supaya wujud semula elemen "jihad" yang hari ini entah ke mana hilangnya.

Tak perlulah kita mencadangkan sesaper. Tak perlu juga untuk kita terus menerus serkap jarang. Beri ruang yang luas kepada pimpinan untuk buat keputusan. Jangan kita ganggu tumpuan mereka.

Berjihad jer lah walau saper pun calonnya. Jika kita terus mencadangkan si anu dan si anu, secara tidak langsung kita memecahbelahkan perpaduan di kalangan kita.

2 comments:

  1. Ana setuju syeikh, kita bekerja untuk Islam dan berusaha untuk kemenangan Islam buka untuk pemimpin. Sahabat-sahabat yang masih ada sikap suka lobi-melobi ana cadangkan masuk UMNO saja sebab bila pemimpin yang antum lobi naik ke atas, mungkin antum akan kena tempiasnya juga. Tapi sahabat-sahabat yang berjuang untuk Islam tentu sahaja tak pernah terfikir tentang ganjaran dunia daripada kemenangan kerana kita mengharapkan habuan yang lebih besar di akhirat.

    ReplyDelete
  2. Salam.....

    Itulah contoh yang Rasulullah saw beritakan kepada kita - Yaqulu maa laa yaf'aluon wa yaf'aluna ma la yukmaroun.

    Yang menghairankan, kelompok ini adalah kelompok yang selalu dakwa "mereka orang lama dalam jemaah" dan perasan kononnya dah cukup ditarbiyyah.

    ReplyDelete