Friday, August 14, 2009

H1N1 - 40% DARIPADA 56 KORBAN TERKORBAN KERANA LEWAT MENDAPAT RAWATAN



Sebanyak 40 peratus daripada 56 korban wabak selesema A (H1N1) meninggal dunia akibat "kelewatan mendapat rawatan awal" dan sebanyak 13 peratus pula angkara "kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan".

Statistik itu didedahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hariannya berhubung wabak tersebut hari ini.

Saya ingin memaklumkan bahawa majoriti kematian ini mempunyai faktor-faktor penyumbang kematian seperti faktor risiko kesihatan (70 peratus), di samping itu juga daripada jumlah kematian tersebut, sebanyak 40 peratus didapati mempunyai faktor kelewatan mendapat rawatan awal dan sebanyak 13 peratus kematian didapati ada unsur kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan," katanya.

"Saya berpendapat, ada di antara kematian ini dapat dielak sekiranya pesakit dan pengamal perubatan lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera."

Tambahnya, kadar penularan influenza A (H1N1) dalam masyarakat adalah tinggi dan perkembangan ini dapat dilihat daripada jumlah semakin ramainya pesakit yang datang ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan.


2 comments:

  1. ANA SEMAKIN BIMBANG DGN PENULARAN H1N1 NIE, NAK HARAPKAN KERAjaan LAKI BINI MEMANG TAK BOLEH DIHARAP, MCM BERPAUT PADA DAHAN YG REPUT, KAT BAWAH TERSEDIA TAHI...DIHARAP KERAJAAN PR DAPAT BUAT INISIATIF SEPERTI SOLAT HAJAT PERDANA MOHON DIJAUHKAN BALA INI....TAPI KALAU KENA KAT PUAK2 BANGANG KONGKANG TU TAKPA...BARU DEPA ADA AKAI..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.

    Untuk pengetahuan anta, dah banyak Kawasan PAS yang buat solat hajat mohon dijauhi H1N1 nih. Antaranya, PAS Tambun.

    Untuk makluman anta juga, sebelum sahur pertama Ramadhan nanti, PAS Kelantan ada anjurkan solat hajat perdana jika tak silap ana untuk mohon dijauhi H1N1 nih.

    So, luangkanlah masa.

    ReplyDelete