Friday, August 14, 2009

TEKANAN SEMAKIN MENINGKAT - UMNO/BN MENUNGGANG APA SAHAJA UNTUK MEMERANGI PAKATAN RAKYAT



KES PERTAMA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Wong Chuan How, pembantu khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu selepas berlaku pergelutan pagi ini.

Kedua-dua pihak membuat laporan polis berikutan insiden itu.

Liu berkata, Wong membuat laporan polis kerana SPRM dikatakan tidak ada kuasa untuk menahan beliau dan telah cedera dalam insiden itu.

SPRM pula membuat laporan kerana Wong dikatakan mengelak daripada ditahan.

SPRM sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan negeri Selangor oleh beberapa wakil rakyat negeri itu.


KES KEDUA

Dua pegawai polis dari ibupejabat polis persekutuan di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini mengambil kenyataan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Anthony Loke di pejabatnya di pusat khidmat DUN Lobak di Seremban.

Loke yang juga ahli parlimen Rasah dan ADUN Lobak berkata , mereka terdiri daripada Supt Victor Sanjos dan dibantu oleh ASP Hazizi A Samad dari unit siasatan perisian komputer, bahagian siasatan jenayah siber dan multimedia.

"Mereka datang ke pejabat saya pada kira-kira pukul 10 pagi dan mengambil kenyataan percakapan saya selama dua setengah jam.

"Kedua-dua pegawai polis itu mengambil kenyataan saya sebagai seorang saksi. Peguam Siow Kim Leong yang merupakan pengerusi biro guaman DAP, turut bersama semasa kenyataan percakapan saya diambil," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kenyataannya diambil ekoran beliau membuat laporan di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur Isnin lalu, menafikan beliau mengeluarkan perkataan atau ayat yang menghina agama Islam dan Sultan Perak.

"Di sini, sekali lagi saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa kenyataan itu ditulis oleh saya.

"Saya tidak pernah menulis apa-apa yang menghina agama Islam atau pun Sultan Perak," katanya.

No comments:

Post a Comment