Friday, August 14, 2009

HISHAMUDDIN MINTA KITA FIKIR DUA KALI JIKA MAHUKAN ISA DIMANSUHKAN



"Cik" Hishamuddin yang "lemah lembut" berbicara lagi dengan penuh kelembutan ketika berada di Kota Bharu.

Katanya, pihak pihak yang mahukan ISA dimansuhkan perlu berfikir dua kali kerana dunia kini diancam keganasan dan akta seperti ISA sememangnya sedang dicari cari oleh kebanyakan negara.

"Cik" Hishamuddin juga menjelaskan bahawa Amerika, Britain dan Australia juga mempunyai akta yang sama spesis dengan ISA.

Wahai "Cik" Hishamuddin yang sangat sopan lagi santun, tahukah "Cik" Hishamuddin bahawa akta akta mirip ISA yang berada di Amerika, Britain dan Australia itu tetap mendakwa suspek di mahkamah dan bukannya mengurung mereka bertahun tahun tanpa sebarang pendakwaan?

Jika "Cik" Hishamuddin ingin menjadikan Guantanamo Detention Camp sebagai contoh bahawa wujud "tahanan tanpa bicara" dalam sistem perundangan Amerika, maka "Cik" Hishamuddin juga harus sedar bahawa demonstrasi demi demonstrasi diadakan di Amerika malahan di seluruh dunia menuntut Guantanamo Detention Camp ditutup dan semua yang disyaki itu didakwa di mahkamah terbuka.

So, apa bezanya dengan ISA? Apa bezanya dengan demonstrasi suara rakyat membantah ISA? Apa bezanya Guantanamo Detention Camp dengan Kem Tahanan Kamunting? Hanya berbeza pada nama sahaja, kan?

Jadi, janganlah "Cik" Hishamuddin berhujah dengan hujah yang sekadar membuang air liur sahaja kerana rakyat negara ini bukan lagi rakyat yang akan menelan apa sahaja "muntahan" menteri.

No comments:

Post a Comment