Saturday, August 15, 2009

H1N1 - KERAJAAN LAKI BINI ENGGAN DEDAHKAN KAWASAN "PANAS" PENULARAN H1N1



Apa yang nak dirahsiakan? Apa yang nak disorokkan? Apa yang mahu disembunyikan? Kenapa tidak mahu berterus terang dengan rakyat?

Nyawa rakyat sudah amat terancam tapi kerajaan laki bini macam lahanat juga. Salahkah untuk rakyat tahu di manakah kawasan "panas" H1n1?

Ini tidak ada kena mengena dengan keselamatan negara. Ini soal keselamatan nyawa rakyat. Rakyat berhak mengetahuinya supaya rakyat dapat menjauhi tempat tempat tersebut.

Kenapa hangpa sanggup perjudikan nyawa rakyat sampai macam nih sekali? Adakah kerajaan dalam proses membalas dendam kepada rakyat akibat daripada penolakan UMNO/BN dalam PRU Ke 12 yang lalu?

Yang akan mati dan yang berisiko mati ini adalah anak bangsa Malaysia. Bukannya anak bangsa Nepal atau Senegal atau Lesotho tetapi anak bangsa kita. Anak bangsa Malaysia !!

Woi Muhyiddin !! Tak praktikal kepala bapak hang !!


Ya Allah, Engkau hancurkanlah pemimpim yang seperti ini. Engkau runtuhkanlah kerajaan yang zalim lagi kejam ini.

Ya Allah, makhluk makhluk ini memperjudikan nyawa kami. Mereka menzalimi kami, Ya Allah. Hancurkanlah mereka dan kumpulan mereka.

Ya Allah, Engkau halakanlah virus H1N1 itu kepada mereka supaya virus H1N1 itu mampu meruntuhkan kekejaman mereka seperti mana Engkau hantar burung burung kecil Ababil untuk menghancur leburkan tentera Abrahah.

Ya Allah, Engkau halakanlah virus H1N1 itu kepada mereka dan kumpulan mereka supaya virus H1N1 itu mampu menghancurkan penguasa yang zalim di negara kami ini seperti mana Engkau utuskan nyamuk yang kecil itu untuk menjahanamkan Namrud.

Ya Allah, mereka menzalimi kami. Tanahair kami dilanda wabak H1N1, Ya Allah. Selamatkanlah kami dan tanahair kami daripada wabak yang membunuh ini.

Ya Allah, tidak ada apa lagi yang boleh kami harapkan daripada makhluk makhluk kejam ini. Ya Allah, hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan.

Ya Allah, jika wabak ini adalah disebabkan oleh dosa dosa kami, maka kami mohon Ya Allah, ampunilah dosa dosa kami dan berikanlah peluang untuk kami bertaubat, Ya Allah.

Ameen Ya Rabb al-'alameen....

3 comments:

  1. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tahap pengabaian terhadap penjagaan diri di kalangan rakyat akan lebih tinggi jika hanya beberapa kawasan diklasifikasikan sebagai lokasi panas H1N1.

    -macamlah kita ni budak tadika. Tak reti nak beza mana yang baik dan buruk. TPM hanya pandai mengagak dan tuduh kami tak pandai jaga kesihatan. KAMI CUMA NAK TAHU!

    ReplyDelete
  2. Memang haramjadah puak puak binatang nih...

    ReplyDelete
  3. Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

    "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)
    _______________________
    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete