Sunday, August 9, 2009

HARE KRISHNA MENDAHULUI KITA DALAM MENDEKATI GOLONGAN JALANAN








Aku bertemu dengan insiden ini ketika melintas jalan depan Kompleks Kotaraya untuk ambil bas ke Batu Caves. Lama aku perhatikan kenderaan dan kelompok manusia yang mengerumuninya.

Pelbagai wajah. pelbagai warna kulit. Ada Cina. Ada India. Ada Nepal. Ada Bangladesh. Ada Indon. Macam macam warna dan keturunan mengerumuni van kecil tersebut.

Waktu aku keluarkan camera untuk ambil gambar insiden nih, seorang India mendekati aku. Nih dialog kami.

Lelaki India : Makan dulu, Encik. Kita beri percuma untuk orang ramai.

Aku : Takper, anne. Saya baru lepas makan. Singgah nak tengok jer.

Lelaki India : Minum dulu, Encik. (pembantu beliau hulurkan air soya kepada aku).

Aku : Baguslah u buat kerja macam nih. Dah lama ker?

Lelaki India : Dah masuk dua tahun dah. Ini tanggungjawab kita kepada manusia. Tidak kira apa bangsa.

Aku : Betul tu. Ini barulah 1Malaysia.

Lelaki India : 1Malaysia kena dengan tindakan. Bukan setakat cakap sajer. Slogan macam macam. Tapi hasil tak nampak lagi.

Aku senyum dengar kata kata lelaki India tu.

Aku : Anne, i nak ambil gambarlah. Boleh ker?

Lelaki India : Boleh. No problem, Encik. Kita semua sama sajer. Semua makhluk Tuhan.

Aku beredar selepas ambil beberapa keping gambar.

Itu Hare Krishna. Duit yang digunakan untuk menampung kos bekalan makanan tersebut adalah derma daripada orang ramai. Manakala, mereka yang menjadi sukarelawan pula hanya diberikan sedikit saguhati. Itupun akan dipulangkan semula ke dalam tabung oleh sukarelawan tersebut.

Aku yakin ada insan insan Muslim di jalanan yang hidup bergelandangan menikmati makanan percuma tersebut.

Persoalannya, di manakah kita? Hare Krishna tidak salah dalam hal ini. Mereka sekadar mengisi kekosongan yang kita tinggalkan.

Dakwah "bil hikmah" yang asalnya milik kita telah menjadi amalan mereka. Manakala kita lebih gemar menggunakan kaedah "bil hukmi" untuk berdakwah.

Sediakanlah jawapan untuk kita bertemu Allah swt di Mahsyar nanti wahai sahabat.

No comments:

Post a Comment