Saturday, August 8, 2009

YANG MANA LEBIH WAJIB DIPATUHI ANTARA WASIAT RASULULLAH SAW DENGAN "WASIAT" RAJA RAJA MELAYU



WASIAT RAJA RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yanbg diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos, 1957; "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".

Adalah 7 perkara tersebut ialah;


PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).


KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.


KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.


KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.


KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.


KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan


KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)



WASIAT RASULULLAH SAW


Telah aku tinggalkan kepada kamu (ummatku) dua perkara dan jika kamu berpegang teguh dengannya (mentaatinya), nescaya kamu tidak akan sesat sampai bila bila - kitaballahi wa sunnati....



ULASAN : Aku tak tahu di mana nak mulakan ulasan nih. Sedih pun ada. Marah pun ada. Geram pun ada. Rasa nak terajang pun ada. Yang nak jerkah pun ada. Macam macam ada.

UMNO mati matian "mempertahankan" apa yang dipanggil "wasiat" Raja Raja Melayu. Pada pandangan UMNO, kata kata atau keputusan Raja Raja Melayu tidak boleh disanggah walaupun hakikatnya UMNOlah yang sering kali memperlekehkan Raja Raja Melayu.


Wahai UMNO, wasiat Raja Raja Melayu itu tidak ke mana. Ke dunia pun tidak. Ke akhirat pun tidak.


Tujuan hidup kita adalah mengumpul amalan baik sebelum mengadap Allah swt di Mahsyar nanti. Bukannya mengadap Raja Raja Melayu di mana mana istana.


Sama ada kita ini "pacal yang hina" atau "Tuanku Yang Mulia" tidaklah bernilai di sisi Allah swt tanpa iman dan taqwa.

Sama ada rakyat jelata mahupun Raja Raja Melayu, kita semuanya hamba di sisi Allah swt.


Kita semua berasal dari debu debu tanah yang diadun menjadi tukang belulang, daging dan darah, lalu ditiupkan ruh ke dalam adunan itu. Maka, melatalah kita di bumi milik Allah swt ini.


Darah kita sama merahnya. Kuburan kita sama saiznya. Dosa pahala kita sama sahaja. Malaikat di kiri dan kanan mencatatkan apa sahaja tidak kira perlakuan seorang "pacal yang hina" ataupun "Tuanku Yang Mulia".


Di kuburan nanti, yang akan menemani kita hanyalah cacing, kala jengking dan lipan. Tidak ada lagi pengiring pengiring yang sentiasa memuja dan memuji kita ketika hidup.

Berlaku adillah kepada manusia tanpa mengira apa warna kulitnya. Berlaku adillah kepada manusia tanpa mengira apa "Tuhan"nya. Berlaku adillah kepada manusia tanpa dipedulikan apa bahasanya.


Yang akan dinilai di sisi Allah swt adalah amalan kita dan bukannya pakaian serta alat kebesaran.

Wahai manusia, "ketulahan" tidak menghalang kita ke syurga tetapi murka Allah pasti menghumban kita ke neraka tanpa mengambil kira kita ini "pacal yang hina" atau "Tuanku Yang Mulia".

Kembalilah kepada Islam. Kembalilah kepada sunnah Rasulullah saw. Kembalilah kepada al-Quran.

Hayati, fahami dan patuhi wasiat Rasulullah saw supaya kita layak menjadi ummatnya dan layak menerima syafaatnya.


Jika anda terus menerus mempertahankan "wasiat" Raja Raja Melayu itu secara membuta tuli, itu bererti ada yang tidak kena dengan iman anda.

Awas, wahai teman. Api neraka tidak mengenal siapa kita sama ada "pacal yang hina" atau "Tuanku Yang Mulia".


Patik Mohon Derhaka.

2 comments:

  1. Persetan dgn wasiat raja-raja melayu.
    Nama saja menjaga agama Islam, tapi perbuatan tak pernah ikut cara Islam.

    Cuba tengok masa depa (raja-raja) ni mati, apa yg diamalkan? Biar mayat sampai 4-5 hari, takdak sapa pun yg tegur.

    Apa peranan raja-raja pd masa sekarang?
    Takdak pun, peqabih duit rakyat ja..

    Takdak raja pun tak rosak agama aih.. Ada puak-puak ni lg rosak agama, mufti pun tak berani tegur klu depa salah.

    ReplyDelete
  2. Salam.....

    Katakan kebenaran walaupun ianya pahit.

    Allahu Akbar !! Allahu Akbar !! Allahu Akbar !!

    ReplyDelete