Friday, August 7, 2009

JAWAPAN AKU UNTUK NAJIB



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) yang melanda negara pada masa ini adalah amat serius.

Sehubungan itu beliau menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah pencegahan menyeluruh termasuk mengelak daripada menghadiri majlis perhimpunan awam sekiranya tidak perlu.

Beliau juga meminta orang ramai menjaga kebersihan diri dengan lebih kerap membasuh tangan dan memakai topeng muka bila perlu.


ULASAN : Itu apa yang Najib kata. Aku bersetuju sangat dengan apa yang Najib kata tu. Memang wabak nih semakin menular dan semangat serius penularannya.

Bab "jangan hadir perhimpunan awam" tu yang aku nak gelak dan nak muntah nih.

Pergi ke pasaraya Mydin macam mana? Berisiko bukan? Pergi ke Masjid India macam mana? Berisiko bukan? Pergi ke KLCC macam mana? Berisiko bukan?

Cukup ker dengan menutup sekolah dan universiti buat sementara dan hantar students balik kampung? Staf fakulti pula bagaimana?

Bagaimana pula jika students yang menjadi perumah virus tersebut balik ke kampung bertemu keluarga? Bukankah virus tersebut "ikut balik kampung" dan akan turut "berseronok" di kampung?

Sesuatu wajib difikirkan secara serius tentang penularan virus ini. Selagi mana wujudnya manusia yang bergerak, maka virus ini akan turut sama bergerak.

Bukan maksud aku nak kata manusia semua kena duduk dalam rumah dan jangan keluar rumah. Maksud aku, kerajaan "laki bini" yang ada di Malaysia nih kenalah fikirkan sesuatu untuk mengurangkan kerisauan rakyat dan wajib melakukan sesuatu supaya rakyat mendapat maklumat tepat dan terkini berkaitan virus ini.

Aku sebenarnya baru balik dari UPM tadi. Ada sedikit urusan di sana. Kenapa "penularan di UPM" dirahsiakan oleh pentadbiran UPM? Kenapa takut sangat nak maklumkan hal sebenar kepada students?

Adakah tindakan mengarahkan student "balik kampung" itu bererti kuarantin kepada pentadbiran UPM? Bukankah arahan itu membawa maksud "kalau nak mati, matilah di kampung dan jangan mati di UPM"?

Pleaselah. Rakyat bukan nak marah sangat sebenarnya tetapi janganlah asyik buat tindakan yang menjadikan rakyat marah. Atau memang "kerajaan laki bini" suka disumpah seranah oleh rakyat?

OK !! Memang jahanam tahap lahanatlah "kerajaan laki bini" nie.........

2 comments:

  1. yeah setuju, kerajaan ni seolah2 tak pk pnjang, suka ati je nk wat ape pun.cth, limitkn student spm amik 10 subjek je...sakit hati je bila pk ni. membuta tuli je..patutla malysia masih tahap cmni je..bila la nk berubah.

    ReplyDelete
  2. inilah yang akan terjadi bila orang yang bukan pakar alam kesihatan nak bercakap pasal kesihatan, hampeh! mana pergi perunding imej? kalau begini rakyat malaysia ramailah menjadi mangsa h1n1.

    ReplyDelete